Ahad, 26 Mei 2013

In my life, I've lived love... , I've missed...., iI've hurt.., I've trusted.., I've made mistakes.., but mist of all, I learned :') I really miss him soo much.. tak dapat nak tidur :'( begitulah awan nano.....nano nano nano nanoo.. malam menanti siang.. siang menanti malam. Nun di sana .., i need u make me feel that i'm the only one .  i tak  perlu a perfect one.. cukup sekadar dapat rasakan that feel the only one in your heart sayang.. serius syg.., even we can't talk everyday, can't taxt everytime, can't see eyes to eyes and can't do anything cause other people will broken heart gara2 melihat kita bersatu ...even bende tu takpatut juga kita lakukan tapi kita terpakksa lakukan utk memuaskan pihak2 tertentu..nk berontak tak boleh kan.. so kita follow jela angin yg bertiup ke arah mana. apa pun syg.., i always can move on & see ..! i still here.! with u syg.. i won't give up ;) because i love u..  dan saya pn harap awak rasa apa yg saya rasa. if setahun pun berterusan begini dengan keadaan yg amat derita saya tetap akan berjuang dan korban.., myb ada hakikatnya. dan ada baik juga kita jarang contact sbrnya.. banyak faedahnya.. bak ayat lama.. just see then do the best.. if cinta itu milik kita ia tahu jalan kembali ;) don't worry.. benda ni semua simple je., kepecayaan perlu ada.. cinta jarak jauh memang hakikatnya teramat mudah utk kita jaga sebenarnya. perlukan kejujuran dan kepecayaan je.. beribu mana pun dtg takkan dptnye menawan hati yg telah ditawan. if dah sayang usaha keras utk mendapatkannya . bukan takat manis dibibir.., buktikannya dan membawa rombongan mak kiah..,kikiki.. baru lah nampak kesungguhannya.. gurau2 sahaja.. melalut dah ni.. 

first meet .....lalala.. xpernah menyesal la kerana bg saya , awak yg terbaik yg membahagiakan,if dpt yg tidak baik pn dr u bg i adalah pengalaman, then mendapat yg terburukla memberi pengajaran dlm hidup i,sayang.. Yg terbaik nan terindah itu kenangan and i will save in my mind :*
Saya ambil peluang  utk belajar , dari apa palinggg menyakitkann..  dan sebenarnya yg paling menyakitkan itulah yang pa..........ling banyak mengajar :'O if one day..u will ask me : '' apa yg lebih important to you..!, me or your life??''  Saya akan berkata ''hidup saya.... CZ u will walk away from me without knowing that U R my life.!! '' 


Ahad, 19 Mei 2013

RELATIONSHIP

No realationship is ever a waste f time. If it didn't bring you what you want, it taught you what you don't want..
Entri yang bertajuk hukum karma !!  Hampir 4  kali juga cuba faham satu persatu entri yang ingin disampaikan En Puitis nih..  Antaranya satu soalan yang di atas mampu saya nyatakan di sini. Bagi lyka kalini biarlah lyka nyatakan juga pendapat lyka dan kongsikan sedikit disini tentang perhubungan. Bagi lyka , If lyka kenal seseorang insan dan berfikir hubungan itu membuang masa, lyka akan berfikir sekali utk kembara hati seorg demi seorg insan yg lyka kenal,lyka akui lyka memang suka memerhati dalam diam dan cuba buat xkisah even lyka sebenarnya teramat-amatlah kisah dengan setiap perbuatan dan percakapan terhadap orang disekeliling lyka. Namakan buat2 tak kisah sdgkan.... hahaha.. Bila dah jadi alkisahnyaa ada jela membuat lyka mengelamun memikirkan sepekara duapekara dan beribu pekara yang membuat lyka dihantui rasa bersalah dan menjadi trauma bagai lupa ingatan seperti tak kenal diri lyka sendiri..  
Berbalik kepada persoalan dan jawapan yang dinyatakan .., bila lyka fikir hampir 1000 kali barulah lyka dapat jawapannya.., sebenarnya tiada satupun hubungan dan pertalian yang membazir masa kita .., sekurang-kurangnya insan-insan yang datang dan pergi dalam hidup kita tulah yang banyak mengajar kita apa yang baik utuk kita teruskan dan apa yang tidak baik untuk dielakkan..Banyak pekara yang boleh dipelajari melalui sesuatu perhubungan even ia hanyalah seketika cuma. Ianya bukan hubungan sebarang hubungan, ada maksud di sebalik kejadian itu dan pengalamanlah yang mengajar kita supaya kita lebih berhati2 di masa akan datang agar sejarah yang lalu tidak akan berulang lagi. Pengalaman tidak boleh di jual beli.. Hargai diri kita sendiri sudah cukup demi kepentingan hati kita sendiri. Memang terkadang makan diri dan org yg sayangkan kita tapi kita sendiri pun tak tahu mengapa dan kenapa kita masih berkelakuan begitu even kita tahu benda tu org tak suka kita buat. Seperti lyka.. lyka pun tak tahu kenapa makin lyka elak utk menyakiti  someone tu makin banyak peritnya yang lyka kasi.. Makin lyka cuba bertahan makin ia goyah dengan dugaan dan cobaan. Kes curang pun terkadang kita sendiri tak sedar even kita rasa kita ni memang dah setia sangan-sangatla dan tak pernah curang dengan pasangan. Benda ni jadi tanpa kita sedar perbuatan ni mencemarkan diri kita sendiri dan bila dah kantoi tu memang semakin renggang lah takdenya semakin pulihkan keadaan.. melainkan org gila yg tak punya perasaan.. Cermin kalau pecah tak akan sama seperti yang sebelumnya..  so.. pandai2 lah faham ayat tu..
Pengalaman mengajar lyka utuk membuat keputusan berhati2. Dalam perhubungan ni seorang insan akan menjadi akrab dan terjalin ukhuwah, tapi sayang sekali sedikit perselisihan terus menjadi renggang dan ada hati yang terluka... Andai di hati  tu tiada dendam memey bereh lah  (pasti bertaut kembali)
So jalinlah hubungan dengan seikhlas hati.

Setiap hubungan yang tulus , memberi tanpa mengharap sebarang pemulangan serta berlandas semata-mata kerana Allah S.W.T. Saling membantu pada setiap yang kurang dan berkongsi pada setiap yang baik Insya Allah.., Setiap hubungan itu tiada rasa benci dan dendam hanya tampak indah penuh kasih sayang 


#my sweet heart..,saya tak pernah takut untuk mengakui bahawa saya tidakl sempurna dimata awak, tapi saya amat berbangga kerana dengan ketidaksempurnaan saya inilah yang merupakan sulaman benang rapuh untuk mengikat kita berdua sayang..


Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi  itu tersenyum,dan lebih membahagiakan apabila kita adalah insan disebalik senyumannya :')

Khamis, 16 Mei 2013

Assalamualaikum..
                                                                             blogger-emoticon.blogspot.com
Encik Rindu..!
Manalah awal menghilang..? awak dah macam chipsmore la . rindu awak tahu tak!! Tiap kali buka blog ni segala yang saya nk ceritakan hilang macam tu jee..selalu jadi mcm ni bila dengar lagu yg syahdu nih.Lalala..u no what?  Because I Miss You !!
Bila bangun je pagi ,dapat je msg dari awak cepat2 mata buka luas2.. haa.. Rindu la <3 Sedetik lebih bersamamu.. Terharu tahu!? hehe.. Biarkan awak kejut diri awak sendiri tuk minggu ni , minggu depan saya kejutkan awak ea.., bangun subuh,solat subuh n bersahur sama2 ea.. Dan stiap pagi akn berbunyi
''Selamat pagi awak,mari sahur bersama,saya sudah sedikan sarapan untuk awak'' <3 hehe.. dan setiap magrib pula ''Selamat berbuka,Awak nak makan? meh cini sat nak bisik...! Catch me if u can!'' hahaha ... lariiiii.... 
 #berangan dah ni... weee.....Pelawok pelawok pelawok.. :P


Datanglah orang ketiga , ke empat sampailah keseratus sekalipun, if kita saling setia..., do not probelms for we except takdir dariNya :') kan ?? 
Then 4 all..,
''If u know someone is already taken, please respect their relationship. Don't be the reason they end up divorced or single..''  
Selalu je dengar dari mulut org berkata ''Alaa..baru gf/tunang org,belum lg bini org'' or ''sdgkan bini org pn leh kebas apatah lg gf org'' 
Cuba anda bayangkan if yg tuh kepunyaan anda dan dikebas oleh insan yg xpunya perasaan or org tuh putus perhubungan kerana anda . Apakah anda tak rasa diri anda bersalah? kalau rasa meh laporkan kpd saya.. saya masukkan anda ke dlm penjara akur janji meh... kikiki... tp pekara diatas peringatan utk saya, awak dan semua.. Hormatilah .., jgn kerana cinta anda jd buta hati <3 Okey ..
Goes to my future husband,
Dear sweet of my heart,
Read this carefully my love.Today , I love you more than yesterday but, not much as tomorrow. And let me place you as my heart beat counting that, no matter what, and whatever that comes and cross my eyes and blind my spot, it will never stop my love to you. I'm promise you. 

Selasa, 14 Mei 2013

Assalamualaikum Cinta..
Sedetik lebih bersamamu sayang.
My love,Even kita berjauhan ia terasa dekat bila kita saling merindui. Semakin rindu semakin asyik. Lagi pula dengan pelbagai perangai pelik awak yang muncul sekarang membuat saya tertarik dengan awak,.. telatah dan aksi awak mencuit hati dan membuat saya semakin selesa bersama awak.. Awak sentiasa berusaha tuk dekati saya even banyak masalah yang datang. Saya nampak usaha awak tuhh sayang dan saya percaya yang awak tak pernah give up dalam apa jua masalah yang awak lalui . Sememangnya terkadang ada lah juga kan tapi awak tetap kuat mempertahankan hubungan ini. Gelagat ''CEMBURU'' menghantui awak apabila ada  yang menganggu fikiran awak walaupun awak tahu benda tu tak patut awak cemburu. Bagi saya sifat tu normal la awak..! Awak tak pernah penat melayan saya kan..? Terima kasih tuk segalanya.. Saya bertuah kerana diberi kesempatan tuk dekati diri awak dan diberi kepecayaan sekali lagi. My love..,  '' A successful relationship requires falling in love many time,always with the same person ''  #ambik nak awak..besar kecik besar kecik mata awak .. Ehem2.. Saje je nak tarik  perhatian lebh..hehehe...okey..saya nak wish good luck 4 my Secret Admirer yang pertama baca ni. *Awak lah sayang*  Okey , lewat dah ni.. Berikan kepecayaan pada diri utk melaksanakan tugas awak. Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari esok. Amin. Untuk kali ini awak jangan bimbang, saya ada bersama awak.., kuatkan semangat dan semoga sem ni dipermudahkan urusan dan dipercapatkan waktu utk awak terus usaha., ingat syg, ni bukan zaman lepas tangan lagi, tangungjawab awak amatlah besar pd fmly. Mak dan ayah setia menanti kejayaan anaknya.  Berikan kegembiraan pada mereka syg. Kisah lalu jadikan penguat diri utuk awak mara ke hadapan , sekarang awak ada saya dan mak ayah , tutupkan kesilapan lalu dan tunjuk pada meraka awak boleh lakukannya :) Good Luck..  Do your best.. !! 


#i miss you & love you.. dear my love, saya tak akan buat benda yang awak tak suka.., ini la kerja saya , jangan marah..! 

Isnin, 13 Mei 2013

We're The Perfect Two

 Assalamualaikum..
Alkisahnya.. Saat-saat ni, apa yang saya rasa adalah mood cuti sem selama 2 bulan ni sangat lah berharga, macam2 rasa ada,rasa rindu+sendu+syahdu+++bertalu-talu.. kikiki.. Selama cuti 2 bulan ni sangatlah aneh+pelik.. Saya terasa semakin dekat dia menghampiri..Yaa.. ada sesuatu yang sedang menghampiri saya dan dia adalah ribut taufan. Ia memberi kesan yang bermakna dalam hidup saya .. Saya rasa bertuah sangat dapat bertemu dengan insan yang mampu membuat saya menjadi diri saya sendiri dan banyak memberi  peluang kepada saya even saya kerap kali menyakiti hati dia tapi dye tidak membalasnya dengan menyakiti hati saya malah sebaliknya ia menyedarkan saya dengan cara profissionalnya. Dia memang hebat dan beruntung saya kenal dia..

''Terkadang kita bertemu dengan orang yang memberi kita banyak derita,dan dialah juga memberi kita 1000 kebahagiaa''  
no one perfect, thats whay pencils have ereasers soo we're the perfect two ;)  #tak rasa ke setiap derita yang awak lalui tu amat bermakna dalam hidup awak dan memberi kebahagiaan yang tak pernah awak rasa selama ini ?  Terkadang orang  tak tahu apa yang kita rasa even mereka tahu pun mereka hanya memberi pendapat kpd kita namun dalam kata2 dan kelakuan mereka juga harus kita berjaga-jaga. Mulut orang kan ..,lain yang dicakapkan lainnya yang dimaksudkan. BERFIKIR itu bukan susah, guna AKAL bukan lutut, BERCINTA itu bukan susah, guna HATI bukan mulut . Jangan disebab mulut orang, kita jadi tak kenal diri kita dan dia.  #Happiness will never come to those who fail to appreciate what they already have. My love,you always be my eternal happiness, i love u so much !!!!!



Khamis, 29 November 2012

Siapa Diriku Disisimu

Dedikasi dari insan yang terluka , 
Berita yang membuat lyka tersentap dan terjatuh sendiri,bagaikan semuanya masih di alam fantasi. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku. Dengan apa yang terjadi sekarang membuat lyka lagi kuat dan tabah dengan apa yang akan terjadi pada diri lyka, bila kita jatuh kita akan cuba berdiri kembali dengan penuh keyakinan dan keberanian. walau apa pun berlaku even bende tu membuat kita patah semangat dan kecewa pun, kita cuba lari dari semua ini pun, benda itu tetap akan menghantui diri kita dan ia makin datang,datang dan datang bertubi-tubi, saat itu membuat kita terfikir puncanya dan akibatnya.Terkadang lyka mengeluh dan bagai tak percaya dengan semua ini tapi kata orang berputus asa dan mengeluh itu tak akan ada jalan penyelesaiannya.

Manusia tak akan pernah lari dari masalahkan? Bahagia mana pun kite dengan seseorang itu ,ia tak akan selamanya kita bahagia,terkadang ada deritanya,ada pahit dan manisnya kehidupan tak kiralah bersama kekasih abdi ke ,kekasih hati ke ,kekasih sejati ke ,sahabat yang handal ke dan siapa2 sahaja yang muncul dalam hidup kita pasti akan ada cabaran dan dugaan yang akan diuji keimanan dan kesabaran kita. Lyka akui,sekarang lyka terasa kehilangan kekasih sejati, cz dulu susah senang kami lalui bersama dan lyka teramat sayangkan kekasih sejati lyka cz dialah kekasih sejati lyka yg menjaga lyka dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan didikan yg cukup bagi lyka dalam hidup ini ,lyka masih berada di sini sebab lyka kuat kerna ada dia disisi lyka,kerana dia lyka masih berdiri di sini, tapi sekarang lyka kehilangan kekasih sejati itu..semuanya berubah dan menjadi sejarah dalam hidup...

Lyka kene buat 2 pilihan sama ada 4 Dis 2012 ika pergi dari sini atau stay disini? emm..memang berat hati nak tinggalkan semua ini dan lyka bukan seorang yg lepas tanggungjawab nak larikan diri dengan lepas tangan,biarkan keadaan menjadi huru hara dan tinggalkan semuannya disini lalu kejar impian & masa depan lyka cz itu yg lyka idam & impikan selama ini :'( ape pun lyka bukan jenis orang selfish :'( Biarlah impian itu terkubur asalkan apa yang lyka harapkan ia kembali seperti dulu...emm...Lyka rindu saat dulu kalak :'( tapi sekarang lyka butuhlah dan tak tahu apa yg patut lyka buat. Lyka ada di sini pun macam tak ada, Lyka faham walau sesakit mana pun lyka, lagi sakit dia tapi keadaan ini membuatkan lyka rasa betul-betul lemah.! penat dah berlakon..

I feel the pressure :'( lyka tak kuat dah dan benda ini,ianya membuat lyka rebah dengan sendiri :'( Mana kekasih lyka yg dulu selalu bersama lyka? sentiasa ada di waktu susah senang? sentiasa tabah dan sabar dan sentiasa memahami lyka? kenapa semua ini berlaku sejak munculnya sesuatu yg tak diduga.. Hadirnya Cik J membuat lyka lemah. Kekasih lyka lebih memilih org ketiga yg muncul dlm hidup kita orang.. Tak apa lah,lyka faham, mungkin pilihan itu tepat kerana lyka tak selamanya ada disini dan kekasih lyka terpaksa korbankan lyka cz kekasih lyka tahu yg lyka kuat utk hadapi semua ni dan kekasih lyka buat pilihan macam ni demi nak jaga hati Puan I & Cik J :') dalam masa yg sama kekasih lyka pun tak sanggup nak lepaskann lyka ,semua tu lyka faham tapi kuat mana pun lyka tuk cuba tabahkan hati dan sabar dengan setiap ujian yg diberi akhirnya lyka rebah juga :') Yelah..,Lyka sedar siapa diri lyka ,lyka Hamba Allah yg Abdi :') seorang insan yg lemah ;') Sememangnya dia amat sempurna dimata semua orang, dia baik ,rajin tapi dimata lyka dia seorang yg tersangatlah lemah kerana adanya sifat cemburu yang menghantui dirinya yang membuat lyka rasa kelakar kerana lakonannya yg amat bijak dan terbaik ;')
Nak je VOTE dia sebagai Anugerah Pelakon Terbaik. Pandai betul dia meminta perhatian :) tak apalah lagi pun kekasih lyka sayangkan dia :'D ''sudah cukup cukup sudah,cukup sampai di sini saja drpd batin tersiksa lebih baik ku pergi saja... '' hahaha.. nyanyi pula lyka :P mak ai..penatl dah saya berlakon dengan awak wahai Cik J .. Ermm..

Hidup ini memang kita ni seperti perlakon kan? ada jahat,ada baik dan ada sedang-sedang sahajakan..bukan nak mengutuk dia atau nak burukkan dia dan nak kata yg lyka ni baik dr dia tapi dengan apa yg berlaku membuat lyka dipermainkan.. Wahai Sahabat yg dikasihi, hindarilah sifat cemburu kerana sifat tu adalah sifat iblis dan syaitan ;) dan ada prinsip yg lyka pegang dan ingin kongsikan pada sahabat sakalian
''Never hate those people who are jealous of u but respect their jealousy because they are the ones who think that u are better than them :) <3 ''

Everyone come into your life for a reason :
1.Some Good :)
2.Som Bad :(
They shape,from or break us.
But in the end they make us who we are ;)


Khamis, 8 November 2012

Muhasabah Cinta


Entry kali ni hampir sama dengan Muhasabah Hati kah? hehe..lain sikit ea,isinya lain ;) tajuknya je hampir same ;) em.. ginilah jadinya bila duk luangkan masa dengan blog,hari2 pulak duk update ;) sementara tunggu pinangan sampai so luangkan masa dulu lah kalau pinangan dh sampai rasaya duk busy jela xsempat dh nk layan FB n Blog ni ;) Pinangan dr kolej ea! jgn salah faham :p hee.. entry kali ni.. pasal Muhasabah Cinta. Ini dia,dulu puisi di atas kertas putih,sekarang makin maju pula rasa,di blog ;) Taip2 pun boleh ;) Cikgu Teo! Rindu pula nak berpuisi di dalam class ;) belajar sastra ni sbnrny mmg bestkan!dulu bkn main tak suke tp sekarang woww..bermadah saja kita.. lari dr tajuk pulakkan :p continue yupp..!


Permulaan entry lyka dambarkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi sebab lyka masih bernafas harini dan dapat juga nak meng''update'' blog ni hari2 pd bulan ni.. Idea bkn main banyak lagi bila buka blog ni dan mulalah ketar tangan nak taip then last2 fikiran ni entah kemana cz terus tak ingat apa yg hendak di ceritakan takdi! Nyanyok sudah..kikiki..

''Terkadang naluri hati ini tertanya mengapa masih ada air mata yang mengalir,sedangkan saat itu kita melepaskan cinta berlalu pergi dengan hati yang redha''
Setelah sekian lama bersembunyikan di sebalik senyum palsu,setelah sekian lama derita dan setelah sekian lama bergelora lautan air mataku akhirnya terkedu dan terasa sendu sendirian di jendela.. Hatiku yang mati berlagu hampa,tersandung di tepian tanpa penggapai mengundang resah tak berulang..Namun, hatiku kink sempurna kembali seperti dulu,malah lebih sempura dari dulukala.. Lautanku tenang hasilnya melimpah,langitku cerah mengundang pelangi,hujan derita kini entah kemana dan hari-hariku kian bercahaya kerna cinta Ilahi.. Di hati kecilku kini terukir satu nama yang amat indah.. Tidak ku sangka masih punya Yusof yang bisa merawat luka dan menghapus naluri si pengemis cinta ini untuk bersama dengannya dimusim bunga,bersama merempuh tembok keresahan alam lalu yg pahit dan kelat di jilat.. Terukir senyuman mengambarkan betapa hebatnya CINTA.. :)

Allah dah jadikan setiap makluk dimuka bumi ni berpasangan,malam pasangannya siang,rajin pasangan malas,.lelaki pasangannya perempuan. Manusia hanya mampu merancang,berikhtiar dan berusaha tak lebih dari tu! sebab setiap peristiwa mempunyai hikmah dan tujuannya. Segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu sebenarnya bukan sia-sia..

Kekadang juga, apa yg kita impikan , apa yang kita inginkan tak semestinya manjadi milik kita, baiklah lyka bagi contoh - Kita membina sebuah hubungan dengan manusia, kita impikan kehidupan yg baik yg indah yg rasa bila kita dgnn dia kita rasa tenang, bila mana kita dgn dia kita rasa kita dekat dgn Allah, kita mahukan sebuah hubungan itu berlandaskan syariatnya, bila mana kurangnya bercakap ditelepon,chatting dan sebagainya tapi mampukah kita utk bertahan? mai kita sama-sama muhasabah diri *sebab tu elok CINTA lepas NIKAH.


Kita jadi sedih atas apa yg berlaku ''kita merancang apa yg kita mimpikan dan kita mimpikan segala keindahan namun keindahan itu tak seindah mimpi seperti yg selalu kita bayangkan'' apa? tak faham? sila baca berulang kali ya Cik Puan , Encik sakaliann ;) Macam-macam ujian ada dalam hidup kita ni,jenuh p kedai  buku beli buku motivasi utk diri harap-harap bila beli buki tu dpt tenangkan hati ,dpt semangat baru ,tapi bila habis baca buku? apa jd ? sedih balik!! haihhh..

Sebenarnya, apa yg lyka kongsikan hari ini adalah apa yg lyka rasa sekarang, Alhamdulillah, lyka ada Secret Admirer yg memahami dan kita org sebenarnya jarang calling2,chating pn kdg2 dan msg pn tak sampai 3 keping je kerana kita org masih belajar dan perjalanan kita org pun masih jauh. Hidup ni memang pelik dan sukar diramal perjalanannya,..Bukanlah lyka nak mencabar kehidupan tetapi lyka ingin melihat sebuah kenyataan! kita dah besar,jadi utk kita cuba memahami erti kehidupan, erti kata sebenarnya , bila kita meng ''hambarkan'' diri kita pada yg maha Esa itulah hakiki! tak percaya? cuba lah dan kamu semua akan rasai keindahannya ;)
'' Twinngg twinggg..Sms..'' haa tengok ni! sampaikan ada yg jeles sejak2 lyka update sokmo blog yg usang  dan kini kmbli menghantui :p ''sakit betul jiwa'' mesti ayat tu yang awak guna selepas bacakan En Sam! kikiki.. 

Sampai sini sahaja utk hari ini :)
Terima kasih kerana sudi baca ;)
Assalamualaikum :)

Rabu, 7 November 2012

Anda ada 60saat


Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudu' lah..
Tika tangan letih menggapai cita2, maka serulah Allahuakbar..
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah,maka bersujudlah..
Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah SWT..
Agar tunduk disaat yg lain angkuh,agar teguh disaat yg lain runtuh,agar teguh disaat yg lain masih terdampar..

Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yg diharapkan.., senyumlah dan ingatlah...''Manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta.''

Kita merancang tetapi Allah Maha Perancang, kita melaksana tetapi Allah jua Maha Perkasa menentukannya, Allah beri apa yg kita perlu bukan mahu. Rancanglah dan laksanakan sebaik tadbir kemudian serah kepada Allah sebaik-baik takdir.
Bila hati sedang rencam dan berduka kerana dunia,kembaliah kepada asal kejadian diri kita iaitu kepada Pencipta. Sedang hati yg brginilah lebih mudah utk dekat pdNya...
Buat hati yg sedang bersedih walaupun hnya seminit, kuta sudah bazirkan 60saat utk boleh rasa bahagia dan gembira. La Tahzan, di sisimu ramai yg meyenangi dan menyayangi dirimu,berbahagialah sayangku sekalian..
JANGAN BAZIRKAN 60SAAT KITA ;)

Selasa, 6 November 2012

Midnight Fantasy

There are some people who live in a dream world, and there are some who face reality and then there are those who turn one into the other.. There is a fine line between dreams and reality, it's up to u to draw it!! Dear, Success comes from knowing that u did your best to become the best that u are capable of becoming.
*People don't always need advice. sometimes all they really need is a hand to hold, an ear to listen, an a heart to understand them :)

Jumaat, 2 November 2012

Yang Terindah Hanyalah Sementara


Daku menantikan janji yang akan hilang,bagaikan semalam semuanya hilang.. Itulah cinta yang mengharungi jiwa dan melakar rindu yang membara,dan kini rindu berenang kehilir kasih yg sedalam-dalamnya di terlaga jiwa. Wahai tinta yang melaburkan rindu yang membuatku terbuai di dalam sukma yang bercelaru,leburkanlah rinduku cairkanlah sendu dan lenakan daku di sukma jiwa yang tidak terlontar oleh cinta yang membuatku terasa syahdu yg tak terduga. Saat ku menuju ke puncak kasih lantar datang menebal awan nan kelabu, cuaca di sini kelabu semendung hatiku seakan ia turut merasakan kerinduan hatiku ini, kini tiada sinaran mentari membawa senyum tawa, hanya angin rindu yang kian menebal yang datang dan berlalu pergi. Terlelap pada janji yang takkan ku tunaikan, berharap moga ini yang terakhir untuk ku menjiwai perasaan yang kian membelenggung diusik jiwa raga. Dengan sejuta tahun takkan bisa melupuskan ingatanku terhadap cinta yang terindah, KERANA TELAH KU TERIMA SAKITNYA DIKHIANATI, SEDALAM CINTAKU INI SELAMA HIDUPKU INI.... :'( Terlebih puitis pula rasa...,melayan perasaan pula time2 gni,gara2 tak boleh tidur dan gara2 dgr lagu ''Kau yang terindah'' terbit pula puisi2 ni dlm sendu di pinggiran....hahahaaaa.... alahaiiiii... setenang ombak laut cina selatan mengalun ombak rindunya,membelai persisiran pantai hati teluk chempedak...,,berlaburlah perantau setelah sepurnama membawa diri yang mengharapkan bertemu dengan pujaan hati yang tidak muncul lagi....huhuuuuuuuu.... Andai suatu hari nanti kata-kataku putus nadi, huruf-huruf mati sendiri,warna-warna luntur dari pelangi, aku akan mengabadikan erti agar terus mengerti abadi dan ketika itu kau katakan pada dunia bahawa AKU BUKANLAH PENYAIR PUISI , TETAPI AKU ADALAH TUKANG SIHIR UNTUK MEMUJUK RASA MENNGUIS HATI...!! 
Mengapa Kau Yang Terindah?? Apakah itu Tentang Rasa dan apakah akan kekal hnga A Thousand Years??? perlukah membuat Akur Janji sehinggalah ke Muara Hati?? perlu ke Muhasabah Cinta dan Ku Pilih Hatimu :'( 

Khamis, 25 Oktober 2012

Muhasabah Hati


Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakan hanya menjadikan aku berfikir dlm ruangku dan menyesatkan nafasku menghadapi ujian kehidupan...
Aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun ia masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan..
Aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa..
Aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akann hadir kerana aku meyakini janjiNya..
Aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNya dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanyalah manusia biasa..
Masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini.



''Memang lumrah anak sulung camtu kena banyak berkorban..,sabar..,Insya Allah.., 
akan ada balasan yang baik tuk kita nnt..,sabar''
Bak kata semagat dr someone special yg dh diangap sprti kakak lyka sendiri :') Disaat ujian menghimpit diri,mungkin terkadang keluhan mendahului kata sabar..,namun disebalik ujian inilah tersembunyi beribu hikmah yang takkan mungkin nampak dimata..,tapi hanya dapat dirasa oleh hati yang dipenuhi iman. Insya Allah :)  Apapun sikap sabar atas setiap duka yang menimpa bukanlah saja-saja Allah menimpakan ujian,melainkan kerana dia ingin memberikan yang terbaik untuk kita.

Hari demi hari..
Aku meniti kehidupan ini..
Yang kadang kala..
Mencabar kesabaran dan kekuatan diri..

Namun , aku tetap berdiri..
Menggagahkan diri berjalan dan berlari..
Menempuhi dugaan yang silih berganti..

Kerana aku tahu..
Setiap ujian yang Allah berikan..
Pasti ada sinar disebaliknya..
Dan sebagai  bukti kasih sayang-Nya.

Rabu, 24 Oktober 2012

Kisah Hati

About Feeling To Your Heart.. Kisah hati itu sedang berhati-hati cz ''Sometimes life give you two options: losing yourself or losing someone's else. Regardless of the situation.. Don't lose yourself   => ''  Remember the massage ya! fuhh... berdebat pula saya pagi begini (n_n) Oleh kerana Kisah Hatiku yang kini sering tak terhenti untuk terus berhati-hati membuat pilihan yang terbaik demi masa depanku .. cewahh.., terlebih sudah gara2 terlajak feeling cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham la ni..,tak sabik pun kan kan ..haha.. sebenarnya tarharu cz tak sangka dalam diam dia alert juga kata-kata yang pernah saya berikan pada dia dan dalam diam juga dia seorang yang puitis bagai, di awal perkenalan saya dan dia hanyalah sebagai kawan biasa namun kini dialah kawan,dialah lawan,dialah sahabat dan dialah my secret admirer..hehehe...
'' Jika perkenalan kita dengan cara yang betul, Insya Allah, kita akan dapat dipermudahkan olehNya..'' kata-kata dari my secret admirer yang membuat saya sentiasa ingat dan respect dia :) Dia ni seorang yg pendiam tapi bila dia mula berkata Makk Aiii ayat dia memang power => What you sow, you Reap... What you give, you Get!! Jika sesuatu itu memang ditakdirkan untuk kita,ia tidak akan terlewat dan tercepat walaupun sesaat ;) Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dikurniakan dariNya.. Allah takkan memberi apa yang kita inginkan tapi Allah memberi apa yang kita perlukan, Allah Maha Mengetahui Segalannya :)

Apapun pesanan saya kepada Kaum Hawa yang tercinta, apabila kita berkawan dengan lelaki ingatlah ada dua pilihan terbentang..
Pertama, kamu jadi seperti kelapa,mudah diperolehi, diparut, diperah, diambil santannya, lepas itu hampasnya dibuang..,
Kedua, kamu menjadi sebutir mutiara, berada di dasar lautan, tersimpan rapi, dilindungi kulit, bukan senang nak lihat, apa lagi mendapatkannya, hanya orang yang bertuah dapat perolehinya.

Dan pesanan saya kepada Kaum Adam pula ialah , Jangan di sentuh bunga juka tidak ada niat untuk memetiknya, jangan racuni bunga sebelum dipetik, jangan petik bunga tanpa izin tuannya, jangan dipetik jika tiada niat untuk menjaganya dengan sepenuh hati kerana Ilahi :)

Statement diatas macam ustazah dah saya rasa. hahaha... berhati-hatilah menjaga kaki, silap melangkah ada yang tersalah arah.., berhati-hatilah juga menjaga lidah, silap bermadah ada hati yang gundah. '' Life '' is one way road, where, you can see back.. But you can't go back...!!! So be careful to take decisions in your life.



A Thousand Years

Heartbeats fast colors and promises..
How to be brave??How can I love when I’m afraid to fall!
But watching you stand alone..
All of my doubt suddenly goes away somehow??
One step closer..
I have died everyday waiting for you..
Darling don’t be afraid I have loved you!
For a thousand years..!I love you for a thousand more.
Time stands still.,Beauty in all she is..

I will be brave!!I will not let anything take away..!
What’s standing in front of me..
Every breath.,Every hour has come to this..
One step closer..

And all along I believed I would find you..!
Time has brought your heart to me..!
I have loved you for a thousand years..!
I love you for a thousand more..!

Rabu, 3 Oktober 2012

Pesanku kepada Si Dia, Pasangan hatiku

Izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku,
Ku ingin menyampaikan padanya tentang semua yang saat ini ku rasa..

Apa kabar calon imamku??
Lelaki pilihan ALLAH untukku...
Insan yang akan berjodoh denganku..
Siapa dan dimana engkau aku tidak pernah tahu..
Apakah kamu seorang Lelaki yang Shalih atau Laki-Laki yang sedang mengejar ketinggalan dan memperbaiki kesalahn di masa lalu sepertiku,ataukah seorang lelaki yang masih terlena dengan keindahan dunia??
Jika kau lelaki yang shalih, ku harap engkau mau membimbingku,dan meluruskan arah jika ku salah langkah.
Aku akan berusaha menjadi makmum yang baik.
Aku sedang belajar bagaimana menjadi makmum yang baik untukmu..
Aku sedang belajar bagaimana menjadi,Istri dan Ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak..
Aku sedang belajar bagaimana menjadi menantu dan Ipar yang baik untuk mertua dan saudara/i mu kelak..

Namun jika kau adalah Lelaki yang sedang bangkit dari kesalahan.
Sudahkah hari-harimu kau isi dengan perbaikan diri?
Sudahkah hatimu kau jaga dari godaan cinta yang silih berganti datang menghampiri???
Sudahkah khilafmu kau perbaiki??
Sudahkah kelalaianmu di masa lampau engkau sesali??
Ku harap engkau adalah sosok Lelaki yang mau memulai memperbaiki diri,menebus kesalahan di masa lampau dengan penyesalan dan cucuran air mata taubat.

Jangan bimbang Calon Imamku.. Aku pun bukan seorang yang suci dari dosa,bukan akhwat yang tinggi Ilmu agamanya..
Aku hanyalah akhwat biasa,yang sedang menebus kesalahan di masa lampau dengan perbaikan dan cucuran air mata penyesalan.

Jika kau mampu menjaga hati ,maafkan aku yang sempat mencuba mencari rusukmu dari mereka yang telah menjadi temanku.
Ku harap engkau akan memaafkan khilafku..Aku menyesal dengan segala khilafku dulu,dan aku telah berjanji menjaga kesucian cinta ini hanya ku persembahkan untukmu nanti.
Maafkan aku calon imamku, meskipun ragaku tak termiliki,namun hati dan cintaku pernah menjadi milik mereka..
Atau jika ternyata engkau sama sepertiku yang pernah melabuhkan hatimu kepada wanita sebelum aku, aku sangat memahami dan mengerti khilafmu,karana akupun juga begitu...
Namun jika kau adalah lelaki yang masih terlena dengan kenikmatan dunia,ku harap engkau segera bangkit dan tenggelam dalam linangan air mata,atas dosa yang pernah kita banggakan sayang!

Tiada manusia yang luput dari salah dan khilaf bukan???
Dan sebaik-baik dari kita adalah yang ingin bertaubat ,ingin memperbaiki diri,ingin menyesali kesalahan yang kita perbuat dan berjanji untuk tidak mengulanginya,, ALLAH Maha Pengampun.

''Ku Isi hariku kini dengan perbaikan diri..
Aku akan belajar semua kewajibanku padamu,agar kehadiranku di dalam hidupmu mampu membawa warna kebahagiaan baru.. Ku tak resahkan kedatanganmu karana akupun belum siap menerima kehadiranmu..
Ku jaga hati dan jiwa ini hanya untuk engkau yang nantinya Allah halalkan dengan pernikahan suci...''

Doakan agar aku istiqomah di penantian ini..Ku nanti engkau disini.. Dengan cinta ALLAH yang setia menemani,
aku kan setia menantimu.. hingga saatnya tiba kau datang menjemputku..
Ku sampaikan semua rinduku kepada ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya..
Karana hanya Dia yang tahu dimana keberadaanmu..Dan hanya Dia yang mampu menyampaikan segala rinduku padamu..
Karena aku Inginkan ALLAH yang bertahta..
Ku jaga hatiku dari cinta sebelum akad nikah tiba..
Ku ingin menerimamu, bukan semata-mata karena cintaku padamu, tapi ku ingin menerimamu untuk meraih Cinta dan Keridhaan-Nya, Aamiin.

Pilihan ALLAH tak selalu indah inginmu,namun itulah Pilihannya..
Pilihannya pasti yang terbaik untuk kita, mungkin kebaikan itu tidak terletak pada orang yang kita pilih, tetapi jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menerima segala ketentuan-Nya...

Sabtu, 8 September 2012

My Feeling Right Now


Hey,Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kwn2 :) 
Lama sudah lyka tak update blog,usang sudah blog ni ..hehe.. okey, memandangkan hari ini hari rajin sedunia lyka ingin kongsikan sedikit tentang lyka dan feel lyka skrg setelah skian lama menyepi :) cewahhh...hahaha... okey :) terima kasih juga kerana sudi luangkan masa sedikit melayari blog lyka yg usang ni :) hehe..


Alhamdulillah :) kini lyka terasa semakin mencabar bila diri semakin ingin dekat pada yang Maha Esa :) 
Pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar diri namun lyka tetap kuat dan berjaya melawannya.. 

Alhamdulillah,setelah sekian lama menyepi bagai ,meninggalkan seketika dunia nyanyian demi untuk teguhkan pendirian baru , berkat kesabaran dan niat nawaitu yg baik,lyka berjaya mengharunginya.. 

Terimakasih kpd yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan kpd lyka. 
Sesungguhnya ku akui terkadang rapuh dlm langkah,dan terkadang terasa diri bagai tiada apa,..
Permulaan mmg terasa diri dipinggirkan dan dipulaukan oleh kawan2..tapi apakan daya demi kebaikan kitekan..Ibu pesan kalau nk buat sesuatu benda kena ada niat yg ikhlas kerana Allah..

Alhamdulillah, tenang rasa hati bila dapat sokongan dr Insan yg tersayang dan sahabat yg banyak memberi bimbingan dan nasihat. Lyka amat hargai mereka yg telah banyak kuatkan lyka semasa lyka lemah dan semasa lyka ditimpa masalah. 


Bak pepatah ; ''Biar kita lemah dalam kalangan orang yang berilmu daripada lemah dari golongan yang jahil,sekurangnya lemahmu akan ada yang akan membantumu untuk terus naik''





Sahabat ku yang jauh di mata dekat di hati.. tahu tak , sebenarnya kita cantik..cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

''Allah tak mencipta manusia hodoh , tapi Allah mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza''

Cantik itu kan subjektif. Bukan pada hidung yang mancung, bukan pada kulit putih dan gebu dan bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

Tapi cantik itu bermula dari hati dan dipancarkan kepada luaran iaitu akhlak kita, pertuturan kita,aurat kita dan peribadi kita.

Bila hati kita bersih maka jauhlah dari maksiat dan terhindari dari nafsu :) 
Insya Allah...

Ketahuilah sahabatku sayang, kita sebenarnnya akan jadi cantik disisi Allah SWT ...
Insya Allah :)


Jumaat, 27 April 2012

Cinta Kita



Aku tulis utk dia yg bernama jodohku...Mungkin dia ada disini??
''Aku mencintaimu bkn kerana apa yg ada padamu,
Aku mencintaimu kerana hatiku yg memilihmu,
Aku mencintaimu kerana kau layak menerima cintaku,
Bersamamu, ku yakini cintaku kan menjadi cinta yg dewasa....

Aku mencintaimu dgn cinta yg terus bertambah dr waktu ke waktu,
Hari ini aku mencintaimu lebih dari hari kemarin,
Dan kurang dr hari esok... ''









Ya Allah,
Ku bersyukur padaMu kerana menqrniakan kebahagiaan ini pd diriku,
Kini ku mencintai dan menyayanginya setulus hatiku,
Sekiranya dialah yg terbaik telah diciptakan utk diriku,
Ku harapkan Engkau restuilah hubungan kami Ya Allah,
Supaya setiap perjalanan yg kami berdua tempuh bersama akan sentiasa di bawah lindunganMu.


Ya Allah,
Ku bina hubungan ini dgn kejujuran,keikhlasan,kepercayaan dan kesetiaan,
Kau berilah ketabahan kpd ku menempuhi segala dugaan,
Disaat ku menyayanginya dan dia menyayangiku,
Disaat ku merinduinya dan dia merinduiku,
Disaat ku mengasihinya dan dia mengasihiku..


Ya Allah,
Aku inginkan cinta ini berada dibawah rahmatMu,
Supaya cinta ini akan kekal selamanya di bawah lindunganMu,
Supaya cinta ini kekal bahagia di dunia dan di akhirat kelak...
Insya Allah


Amin Ya Rabbal Alamin....

Isnin, 2 April 2012

wanita solehah

Lembutmu tak bererti
Kau mudah di jual beli
Kau mampu menyayangi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik takbir dirimu
Ada rahsia Agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Sabtu, 31 Mac 2012

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri...
Tetapi,dalam kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita :)


''Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dirinya,tetapi kita sering lupa akan hal itu.''

Hmm..kita cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya!
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya!
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti!kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati!
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...?
Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,
Tetapi kita sering lupa...!
EMM..Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami :) 
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya :)
Dia mendengar luahan perasaan! 
Segala rasa kecewa dan ketakutan kita!
Harapan dan impian juga kita luahkan!
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya?
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah!
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai?
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat :)
Kerana dia juga seorang manusia, 
dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu,tetapi,jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu :)




RENUNGILAH!
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.


''Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan...''





WALLAHU ALAM!!