Khamis, 25 Oktober 2012

Muhasabah Hati


Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakan hanya menjadikan aku berfikir dlm ruangku dan menyesatkan nafasku menghadapi ujian kehidupan...
Aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun ia masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan..
Aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa..
Aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akann hadir kerana aku meyakini janjiNya..
Aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNya dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanyalah manusia biasa..
Masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini.



''Memang lumrah anak sulung camtu kena banyak berkorban..,sabar..,Insya Allah.., 
akan ada balasan yang baik tuk kita nnt..,sabar''
Bak kata semagat dr someone special yg dh diangap sprti kakak lyka sendiri :') Disaat ujian menghimpit diri,mungkin terkadang keluhan mendahului kata sabar..,namun disebalik ujian inilah tersembunyi beribu hikmah yang takkan mungkin nampak dimata..,tapi hanya dapat dirasa oleh hati yang dipenuhi iman. Insya Allah :)  Apapun sikap sabar atas setiap duka yang menimpa bukanlah saja-saja Allah menimpakan ujian,melainkan kerana dia ingin memberikan yang terbaik untuk kita.

Hari demi hari..
Aku meniti kehidupan ini..
Yang kadang kala..
Mencabar kesabaran dan kekuatan diri..

Namun , aku tetap berdiri..
Menggagahkan diri berjalan dan berlari..
Menempuhi dugaan yang silih berganti..

Kerana aku tahu..
Setiap ujian yang Allah berikan..
Pasti ada sinar disebaliknya..
Dan sebagai  bukti kasih sayang-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan