Khamis, 29 November 2012

Siapa Diriku Disisimu

Dedikasi dari insan yang terluka , 
Berita yang membuat lyka tersentap dan terjatuh sendiri,bagaikan semuanya masih di alam fantasi. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku. Dengan apa yang terjadi sekarang membuat lyka lagi kuat dan tabah dengan apa yang akan terjadi pada diri lyka, bila kita jatuh kita akan cuba berdiri kembali dengan penuh keyakinan dan keberanian. walau apa pun berlaku even bende tu membuat kita patah semangat dan kecewa pun, kita cuba lari dari semua ini pun, benda itu tetap akan menghantui diri kita dan ia makin datang,datang dan datang bertubi-tubi, saat itu membuat kita terfikir puncanya dan akibatnya.Terkadang lyka mengeluh dan bagai tak percaya dengan semua ini tapi kata orang berputus asa dan mengeluh itu tak akan ada jalan penyelesaiannya.

Manusia tak akan pernah lari dari masalahkan? Bahagia mana pun kite dengan seseorang itu ,ia tak akan selamanya kita bahagia,terkadang ada deritanya,ada pahit dan manisnya kehidupan tak kiralah bersama kekasih abdi ke ,kekasih hati ke ,kekasih sejati ke ,sahabat yang handal ke dan siapa2 sahaja yang muncul dalam hidup kita pasti akan ada cabaran dan dugaan yang akan diuji keimanan dan kesabaran kita. Lyka akui,sekarang lyka terasa kehilangan kekasih sejati, cz dulu susah senang kami lalui bersama dan lyka teramat sayangkan kekasih sejati lyka cz dialah kekasih sejati lyka yg menjaga lyka dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan didikan yg cukup bagi lyka dalam hidup ini ,lyka masih berada di sini sebab lyka kuat kerna ada dia disisi lyka,kerana dia lyka masih berdiri di sini, tapi sekarang lyka kehilangan kekasih sejati itu..semuanya berubah dan menjadi sejarah dalam hidup...

Lyka kene buat 2 pilihan sama ada 4 Dis 2012 ika pergi dari sini atau stay disini? emm..memang berat hati nak tinggalkan semua ini dan lyka bukan seorang yg lepas tanggungjawab nak larikan diri dengan lepas tangan,biarkan keadaan menjadi huru hara dan tinggalkan semuannya disini lalu kejar impian & masa depan lyka cz itu yg lyka idam & impikan selama ini :'( ape pun lyka bukan jenis orang selfish :'( Biarlah impian itu terkubur asalkan apa yang lyka harapkan ia kembali seperti dulu...emm...Lyka rindu saat dulu kalak :'( tapi sekarang lyka butuhlah dan tak tahu apa yg patut lyka buat. Lyka ada di sini pun macam tak ada, Lyka faham walau sesakit mana pun lyka, lagi sakit dia tapi keadaan ini membuatkan lyka rasa betul-betul lemah.! penat dah berlakon..

I feel the pressure :'( lyka tak kuat dah dan benda ini,ianya membuat lyka rebah dengan sendiri :'( Mana kekasih lyka yg dulu selalu bersama lyka? sentiasa ada di waktu susah senang? sentiasa tabah dan sabar dan sentiasa memahami lyka? kenapa semua ini berlaku sejak munculnya sesuatu yg tak diduga.. Hadirnya Cik J membuat lyka lemah. Kekasih lyka lebih memilih org ketiga yg muncul dlm hidup kita orang.. Tak apa lah,lyka faham, mungkin pilihan itu tepat kerana lyka tak selamanya ada disini dan kekasih lyka terpaksa korbankan lyka cz kekasih lyka tahu yg lyka kuat utk hadapi semua ni dan kekasih lyka buat pilihan macam ni demi nak jaga hati Puan I & Cik J :') dalam masa yg sama kekasih lyka pun tak sanggup nak lepaskann lyka ,semua tu lyka faham tapi kuat mana pun lyka tuk cuba tabahkan hati dan sabar dengan setiap ujian yg diberi akhirnya lyka rebah juga :') Yelah..,Lyka sedar siapa diri lyka ,lyka Hamba Allah yg Abdi :') seorang insan yg lemah ;') Sememangnya dia amat sempurna dimata semua orang, dia baik ,rajin tapi dimata lyka dia seorang yg tersangatlah lemah kerana adanya sifat cemburu yang menghantui dirinya yang membuat lyka rasa kelakar kerana lakonannya yg amat bijak dan terbaik ;')
Nak je VOTE dia sebagai Anugerah Pelakon Terbaik. Pandai betul dia meminta perhatian :) tak apalah lagi pun kekasih lyka sayangkan dia :'D ''sudah cukup cukup sudah,cukup sampai di sini saja drpd batin tersiksa lebih baik ku pergi saja... '' hahaha.. nyanyi pula lyka :P mak ai..penatl dah saya berlakon dengan awak wahai Cik J .. Ermm..

Hidup ini memang kita ni seperti perlakon kan? ada jahat,ada baik dan ada sedang-sedang sahajakan..bukan nak mengutuk dia atau nak burukkan dia dan nak kata yg lyka ni baik dr dia tapi dengan apa yg berlaku membuat lyka dipermainkan.. Wahai Sahabat yg dikasihi, hindarilah sifat cemburu kerana sifat tu adalah sifat iblis dan syaitan ;) dan ada prinsip yg lyka pegang dan ingin kongsikan pada sahabat sakalian
''Never hate those people who are jealous of u but respect their jealousy because they are the ones who think that u are better than them :) <3 ''

Everyone come into your life for a reason :
1.Some Good :)
2.Som Bad :(
They shape,from or break us.
But in the end they make us who we are ;)


Khamis, 8 November 2012

Muhasabah Cinta


Entry kali ni hampir sama dengan Muhasabah Hati kah? hehe..lain sikit ea,isinya lain ;) tajuknya je hampir same ;) em.. ginilah jadinya bila duk luangkan masa dengan blog,hari2 pulak duk update ;) sementara tunggu pinangan sampai so luangkan masa dulu lah kalau pinangan dh sampai rasaya duk busy jela xsempat dh nk layan FB n Blog ni ;) Pinangan dr kolej ea! jgn salah faham :p hee.. entry kali ni.. pasal Muhasabah Cinta. Ini dia,dulu puisi di atas kertas putih,sekarang makin maju pula rasa,di blog ;) Taip2 pun boleh ;) Cikgu Teo! Rindu pula nak berpuisi di dalam class ;) belajar sastra ni sbnrny mmg bestkan!dulu bkn main tak suke tp sekarang woww..bermadah saja kita.. lari dr tajuk pulakkan :p continue yupp..!


Permulaan entry lyka dambarkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi sebab lyka masih bernafas harini dan dapat juga nak meng''update'' blog ni hari2 pd bulan ni.. Idea bkn main banyak lagi bila buka blog ni dan mulalah ketar tangan nak taip then last2 fikiran ni entah kemana cz terus tak ingat apa yg hendak di ceritakan takdi! Nyanyok sudah..kikiki..

''Terkadang naluri hati ini tertanya mengapa masih ada air mata yang mengalir,sedangkan saat itu kita melepaskan cinta berlalu pergi dengan hati yang redha''
Setelah sekian lama bersembunyikan di sebalik senyum palsu,setelah sekian lama derita dan setelah sekian lama bergelora lautan air mataku akhirnya terkedu dan terasa sendu sendirian di jendela.. Hatiku yang mati berlagu hampa,tersandung di tepian tanpa penggapai mengundang resah tak berulang..Namun, hatiku kink sempurna kembali seperti dulu,malah lebih sempura dari dulukala.. Lautanku tenang hasilnya melimpah,langitku cerah mengundang pelangi,hujan derita kini entah kemana dan hari-hariku kian bercahaya kerna cinta Ilahi.. Di hati kecilku kini terukir satu nama yang amat indah.. Tidak ku sangka masih punya Yusof yang bisa merawat luka dan menghapus naluri si pengemis cinta ini untuk bersama dengannya dimusim bunga,bersama merempuh tembok keresahan alam lalu yg pahit dan kelat di jilat.. Terukir senyuman mengambarkan betapa hebatnya CINTA.. :)

Allah dah jadikan setiap makluk dimuka bumi ni berpasangan,malam pasangannya siang,rajin pasangan malas,.lelaki pasangannya perempuan. Manusia hanya mampu merancang,berikhtiar dan berusaha tak lebih dari tu! sebab setiap peristiwa mempunyai hikmah dan tujuannya. Segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu sebenarnya bukan sia-sia..

Kekadang juga, apa yg kita impikan , apa yang kita inginkan tak semestinya manjadi milik kita, baiklah lyka bagi contoh - Kita membina sebuah hubungan dengan manusia, kita impikan kehidupan yg baik yg indah yg rasa bila kita dgnn dia kita rasa tenang, bila mana kita dgn dia kita rasa kita dekat dgn Allah, kita mahukan sebuah hubungan itu berlandaskan syariatnya, bila mana kurangnya bercakap ditelepon,chatting dan sebagainya tapi mampukah kita utk bertahan? mai kita sama-sama muhasabah diri *sebab tu elok CINTA lepas NIKAH.


Kita jadi sedih atas apa yg berlaku ''kita merancang apa yg kita mimpikan dan kita mimpikan segala keindahan namun keindahan itu tak seindah mimpi seperti yg selalu kita bayangkan'' apa? tak faham? sila baca berulang kali ya Cik Puan , Encik sakaliann ;) Macam-macam ujian ada dalam hidup kita ni,jenuh p kedai  buku beli buku motivasi utk diri harap-harap bila beli buki tu dpt tenangkan hati ,dpt semangat baru ,tapi bila habis baca buku? apa jd ? sedih balik!! haihhh..

Sebenarnya, apa yg lyka kongsikan hari ini adalah apa yg lyka rasa sekarang, Alhamdulillah, lyka ada Secret Admirer yg memahami dan kita org sebenarnya jarang calling2,chating pn kdg2 dan msg pn tak sampai 3 keping je kerana kita org masih belajar dan perjalanan kita org pun masih jauh. Hidup ni memang pelik dan sukar diramal perjalanannya,..Bukanlah lyka nak mencabar kehidupan tetapi lyka ingin melihat sebuah kenyataan! kita dah besar,jadi utk kita cuba memahami erti kehidupan, erti kata sebenarnya , bila kita meng ''hambarkan'' diri kita pada yg maha Esa itulah hakiki! tak percaya? cuba lah dan kamu semua akan rasai keindahannya ;)
'' Twinngg twinggg..Sms..'' haa tengok ni! sampaikan ada yg jeles sejak2 lyka update sokmo blog yg usang  dan kini kmbli menghantui :p ''sakit betul jiwa'' mesti ayat tu yang awak guna selepas bacakan En Sam! kikiki.. 

Sampai sini sahaja utk hari ini :)
Terima kasih kerana sudi baca ;)
Assalamualaikum :)

Rabu, 7 November 2012

Anda ada 60saat


Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudu' lah..
Tika tangan letih menggapai cita2, maka serulah Allahuakbar..
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah,maka bersujudlah..
Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah SWT..
Agar tunduk disaat yg lain angkuh,agar teguh disaat yg lain runtuh,agar teguh disaat yg lain masih terdampar..

Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yg diharapkan.., senyumlah dan ingatlah...''Manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta.''

Kita merancang tetapi Allah Maha Perancang, kita melaksana tetapi Allah jua Maha Perkasa menentukannya, Allah beri apa yg kita perlu bukan mahu. Rancanglah dan laksanakan sebaik tadbir kemudian serah kepada Allah sebaik-baik takdir.
Bila hati sedang rencam dan berduka kerana dunia,kembaliah kepada asal kejadian diri kita iaitu kepada Pencipta. Sedang hati yg brginilah lebih mudah utk dekat pdNya...
Buat hati yg sedang bersedih walaupun hnya seminit, kuta sudah bazirkan 60saat utk boleh rasa bahagia dan gembira. La Tahzan, di sisimu ramai yg meyenangi dan menyayangi dirimu,berbahagialah sayangku sekalian..
JANGAN BAZIRKAN 60SAAT KITA ;)

Selasa, 6 November 2012

Midnight Fantasy

There are some people who live in a dream world, and there are some who face reality and then there are those who turn one into the other.. There is a fine line between dreams and reality, it's up to u to draw it!! Dear, Success comes from knowing that u did your best to become the best that u are capable of becoming.
*People don't always need advice. sometimes all they really need is a hand to hold, an ear to listen, an a heart to understand them :)

Jumaat, 2 November 2012

Yang Terindah Hanyalah Sementara


Daku menantikan janji yang akan hilang,bagaikan semalam semuanya hilang.. Itulah cinta yang mengharungi jiwa dan melakar rindu yang membara,dan kini rindu berenang kehilir kasih yg sedalam-dalamnya di terlaga jiwa. Wahai tinta yang melaburkan rindu yang membuatku terbuai di dalam sukma yang bercelaru,leburkanlah rinduku cairkanlah sendu dan lenakan daku di sukma jiwa yang tidak terlontar oleh cinta yang membuatku terasa syahdu yg tak terduga. Saat ku menuju ke puncak kasih lantar datang menebal awan nan kelabu, cuaca di sini kelabu semendung hatiku seakan ia turut merasakan kerinduan hatiku ini, kini tiada sinaran mentari membawa senyum tawa, hanya angin rindu yang kian menebal yang datang dan berlalu pergi. Terlelap pada janji yang takkan ku tunaikan, berharap moga ini yang terakhir untuk ku menjiwai perasaan yang kian membelenggung diusik jiwa raga. Dengan sejuta tahun takkan bisa melupuskan ingatanku terhadap cinta yang terindah, KERANA TELAH KU TERIMA SAKITNYA DIKHIANATI, SEDALAM CINTAKU INI SELAMA HIDUPKU INI.... :'( Terlebih puitis pula rasa...,melayan perasaan pula time2 gni,gara2 tak boleh tidur dan gara2 dgr lagu ''Kau yang terindah'' terbit pula puisi2 ni dlm sendu di pinggiran....hahahaaaa.... alahaiiiii... setenang ombak laut cina selatan mengalun ombak rindunya,membelai persisiran pantai hati teluk chempedak...,,berlaburlah perantau setelah sepurnama membawa diri yang mengharapkan bertemu dengan pujaan hati yang tidak muncul lagi....huhuuuuuuuu.... Andai suatu hari nanti kata-kataku putus nadi, huruf-huruf mati sendiri,warna-warna luntur dari pelangi, aku akan mengabadikan erti agar terus mengerti abadi dan ketika itu kau katakan pada dunia bahawa AKU BUKANLAH PENYAIR PUISI , TETAPI AKU ADALAH TUKANG SIHIR UNTUK MEMUJUK RASA MENNGUIS HATI...!! 
Mengapa Kau Yang Terindah?? Apakah itu Tentang Rasa dan apakah akan kekal hnga A Thousand Years??? perlukah membuat Akur Janji sehinggalah ke Muara Hati?? perlu ke Muhasabah Cinta dan Ku Pilih Hatimu :'( 

Khamis, 25 Oktober 2012

Muhasabah Hati


Aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakan hanya menjadikan aku berfikir dlm ruangku dan menyesatkan nafasku menghadapi ujian kehidupan...
Aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun ia masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan..
Aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa..
Aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akann hadir kerana aku meyakini janjiNya..
Aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNya dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanyalah manusia biasa..
Masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini.



''Memang lumrah anak sulung camtu kena banyak berkorban..,sabar..,Insya Allah.., 
akan ada balasan yang baik tuk kita nnt..,sabar''
Bak kata semagat dr someone special yg dh diangap sprti kakak lyka sendiri :') Disaat ujian menghimpit diri,mungkin terkadang keluhan mendahului kata sabar..,namun disebalik ujian inilah tersembunyi beribu hikmah yang takkan mungkin nampak dimata..,tapi hanya dapat dirasa oleh hati yang dipenuhi iman. Insya Allah :)  Apapun sikap sabar atas setiap duka yang menimpa bukanlah saja-saja Allah menimpakan ujian,melainkan kerana dia ingin memberikan yang terbaik untuk kita.

Hari demi hari..
Aku meniti kehidupan ini..
Yang kadang kala..
Mencabar kesabaran dan kekuatan diri..

Namun , aku tetap berdiri..
Menggagahkan diri berjalan dan berlari..
Menempuhi dugaan yang silih berganti..

Kerana aku tahu..
Setiap ujian yang Allah berikan..
Pasti ada sinar disebaliknya..
Dan sebagai  bukti kasih sayang-Nya.

Rabu, 24 Oktober 2012

Kisah Hati

About Feeling To Your Heart.. Kisah hati itu sedang berhati-hati cz ''Sometimes life give you two options: losing yourself or losing someone's else. Regardless of the situation.. Don't lose yourself   => ''  Remember the massage ya! fuhh... berdebat pula saya pagi begini (n_n) Oleh kerana Kisah Hatiku yang kini sering tak terhenti untuk terus berhati-hati membuat pilihan yang terbaik demi masa depanku .. cewahh.., terlebih sudah gara2 terlajak feeling cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham la ni..,tak sabik pun kan kan ..haha.. sebenarnya tarharu cz tak sangka dalam diam dia alert juga kata-kata yang pernah saya berikan pada dia dan dalam diam juga dia seorang yang puitis bagai, di awal perkenalan saya dan dia hanyalah sebagai kawan biasa namun kini dialah kawan,dialah lawan,dialah sahabat dan dialah my secret admirer..hehehe...
'' Jika perkenalan kita dengan cara yang betul, Insya Allah, kita akan dapat dipermudahkan olehNya..'' kata-kata dari my secret admirer yang membuat saya sentiasa ingat dan respect dia :) Dia ni seorang yg pendiam tapi bila dia mula berkata Makk Aiii ayat dia memang power => What you sow, you Reap... What you give, you Get!! Jika sesuatu itu memang ditakdirkan untuk kita,ia tidak akan terlewat dan tercepat walaupun sesaat ;) Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dikurniakan dariNya.. Allah takkan memberi apa yang kita inginkan tapi Allah memberi apa yang kita perlukan, Allah Maha Mengetahui Segalannya :)

Apapun pesanan saya kepada Kaum Hawa yang tercinta, apabila kita berkawan dengan lelaki ingatlah ada dua pilihan terbentang..
Pertama, kamu jadi seperti kelapa,mudah diperolehi, diparut, diperah, diambil santannya, lepas itu hampasnya dibuang..,
Kedua, kamu menjadi sebutir mutiara, berada di dasar lautan, tersimpan rapi, dilindungi kulit, bukan senang nak lihat, apa lagi mendapatkannya, hanya orang yang bertuah dapat perolehinya.

Dan pesanan saya kepada Kaum Adam pula ialah , Jangan di sentuh bunga juka tidak ada niat untuk memetiknya, jangan racuni bunga sebelum dipetik, jangan petik bunga tanpa izin tuannya, jangan dipetik jika tiada niat untuk menjaganya dengan sepenuh hati kerana Ilahi :)

Statement diatas macam ustazah dah saya rasa. hahaha... berhati-hatilah menjaga kaki, silap melangkah ada yang tersalah arah.., berhati-hatilah juga menjaga lidah, silap bermadah ada hati yang gundah. '' Life '' is one way road, where, you can see back.. But you can't go back...!!! So be careful to take decisions in your life.



A Thousand Years

Heartbeats fast colors and promises..
How to be brave??How can I love when I’m afraid to fall!
But watching you stand alone..
All of my doubt suddenly goes away somehow??
One step closer..
I have died everyday waiting for you..
Darling don’t be afraid I have loved you!
For a thousand years..!I love you for a thousand more.
Time stands still.,Beauty in all she is..

I will be brave!!I will not let anything take away..!
What’s standing in front of me..
Every breath.,Every hour has come to this..
One step closer..

And all along I believed I would find you..!
Time has brought your heart to me..!
I have loved you for a thousand years..!
I love you for a thousand more..!

Rabu, 3 Oktober 2012

Pesanku kepada Si Dia, Pasangan hatiku

Izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku,
Ku ingin menyampaikan padanya tentang semua yang saat ini ku rasa..

Apa kabar calon imamku??
Lelaki pilihan ALLAH untukku...
Insan yang akan berjodoh denganku..
Siapa dan dimana engkau aku tidak pernah tahu..
Apakah kamu seorang Lelaki yang Shalih atau Laki-Laki yang sedang mengejar ketinggalan dan memperbaiki kesalahn di masa lalu sepertiku,ataukah seorang lelaki yang masih terlena dengan keindahan dunia??
Jika kau lelaki yang shalih, ku harap engkau mau membimbingku,dan meluruskan arah jika ku salah langkah.
Aku akan berusaha menjadi makmum yang baik.
Aku sedang belajar bagaimana menjadi makmum yang baik untukmu..
Aku sedang belajar bagaimana menjadi,Istri dan Ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak..
Aku sedang belajar bagaimana menjadi menantu dan Ipar yang baik untuk mertua dan saudara/i mu kelak..

Namun jika kau adalah Lelaki yang sedang bangkit dari kesalahan.
Sudahkah hari-harimu kau isi dengan perbaikan diri?
Sudahkah hatimu kau jaga dari godaan cinta yang silih berganti datang menghampiri???
Sudahkah khilafmu kau perbaiki??
Sudahkah kelalaianmu di masa lampau engkau sesali??
Ku harap engkau adalah sosok Lelaki yang mau memulai memperbaiki diri,menebus kesalahan di masa lampau dengan penyesalan dan cucuran air mata taubat.

Jangan bimbang Calon Imamku.. Aku pun bukan seorang yang suci dari dosa,bukan akhwat yang tinggi Ilmu agamanya..
Aku hanyalah akhwat biasa,yang sedang menebus kesalahan di masa lampau dengan perbaikan dan cucuran air mata penyesalan.

Jika kau mampu menjaga hati ,maafkan aku yang sempat mencuba mencari rusukmu dari mereka yang telah menjadi temanku.
Ku harap engkau akan memaafkan khilafku..Aku menyesal dengan segala khilafku dulu,dan aku telah berjanji menjaga kesucian cinta ini hanya ku persembahkan untukmu nanti.
Maafkan aku calon imamku, meskipun ragaku tak termiliki,namun hati dan cintaku pernah menjadi milik mereka..
Atau jika ternyata engkau sama sepertiku yang pernah melabuhkan hatimu kepada wanita sebelum aku, aku sangat memahami dan mengerti khilafmu,karana akupun juga begitu...
Namun jika kau adalah lelaki yang masih terlena dengan kenikmatan dunia,ku harap engkau segera bangkit dan tenggelam dalam linangan air mata,atas dosa yang pernah kita banggakan sayang!

Tiada manusia yang luput dari salah dan khilaf bukan???
Dan sebaik-baik dari kita adalah yang ingin bertaubat ,ingin memperbaiki diri,ingin menyesali kesalahan yang kita perbuat dan berjanji untuk tidak mengulanginya,, ALLAH Maha Pengampun.

''Ku Isi hariku kini dengan perbaikan diri..
Aku akan belajar semua kewajibanku padamu,agar kehadiranku di dalam hidupmu mampu membawa warna kebahagiaan baru.. Ku tak resahkan kedatanganmu karana akupun belum siap menerima kehadiranmu..
Ku jaga hati dan jiwa ini hanya untuk engkau yang nantinya Allah halalkan dengan pernikahan suci...''

Doakan agar aku istiqomah di penantian ini..Ku nanti engkau disini.. Dengan cinta ALLAH yang setia menemani,
aku kan setia menantimu.. hingga saatnya tiba kau datang menjemputku..
Ku sampaikan semua rinduku kepada ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya..
Karana hanya Dia yang tahu dimana keberadaanmu..Dan hanya Dia yang mampu menyampaikan segala rinduku padamu..
Karena aku Inginkan ALLAH yang bertahta..
Ku jaga hatiku dari cinta sebelum akad nikah tiba..
Ku ingin menerimamu, bukan semata-mata karena cintaku padamu, tapi ku ingin menerimamu untuk meraih Cinta dan Keridhaan-Nya, Aamiin.

Pilihan ALLAH tak selalu indah inginmu,namun itulah Pilihannya..
Pilihannya pasti yang terbaik untuk kita, mungkin kebaikan itu tidak terletak pada orang yang kita pilih, tetapi jalan yang kita pilih, atau mungkin kebaikan itu terletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menerima segala ketentuan-Nya...

Sabtu, 8 September 2012

My Feeling Right Now


Hey,Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kwn2 :) 
Lama sudah lyka tak update blog,usang sudah blog ni ..hehe.. okey, memandangkan hari ini hari rajin sedunia lyka ingin kongsikan sedikit tentang lyka dan feel lyka skrg setelah skian lama menyepi :) cewahhh...hahaha... okey :) terima kasih juga kerana sudi luangkan masa sedikit melayari blog lyka yg usang ni :) hehe..


Alhamdulillah :) kini lyka terasa semakin mencabar bila diri semakin ingin dekat pada yang Maha Esa :) 
Pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar diri namun lyka tetap kuat dan berjaya melawannya.. 

Alhamdulillah,setelah sekian lama menyepi bagai ,meninggalkan seketika dunia nyanyian demi untuk teguhkan pendirian baru , berkat kesabaran dan niat nawaitu yg baik,lyka berjaya mengharunginya.. 

Terimakasih kpd yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan kpd lyka. 
Sesungguhnya ku akui terkadang rapuh dlm langkah,dan terkadang terasa diri bagai tiada apa,..
Permulaan mmg terasa diri dipinggirkan dan dipulaukan oleh kawan2..tapi apakan daya demi kebaikan kitekan..Ibu pesan kalau nk buat sesuatu benda kena ada niat yg ikhlas kerana Allah..

Alhamdulillah, tenang rasa hati bila dapat sokongan dr Insan yg tersayang dan sahabat yg banyak memberi bimbingan dan nasihat. Lyka amat hargai mereka yg telah banyak kuatkan lyka semasa lyka lemah dan semasa lyka ditimpa masalah. 


Bak pepatah ; ''Biar kita lemah dalam kalangan orang yang berilmu daripada lemah dari golongan yang jahil,sekurangnya lemahmu akan ada yang akan membantumu untuk terus naik''





Sahabat ku yang jauh di mata dekat di hati.. tahu tak , sebenarnya kita cantik..cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

''Allah tak mencipta manusia hodoh , tapi Allah mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza''

Cantik itu kan subjektif. Bukan pada hidung yang mancung, bukan pada kulit putih dan gebu dan bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

Tapi cantik itu bermula dari hati dan dipancarkan kepada luaran iaitu akhlak kita, pertuturan kita,aurat kita dan peribadi kita.

Bila hati kita bersih maka jauhlah dari maksiat dan terhindari dari nafsu :) 
Insya Allah...

Ketahuilah sahabatku sayang, kita sebenarnnya akan jadi cantik disisi Allah SWT ...
Insya Allah :)


Jumaat, 27 April 2012

Cinta Kita



Aku tulis utk dia yg bernama jodohku...Mungkin dia ada disini??
''Aku mencintaimu bkn kerana apa yg ada padamu,
Aku mencintaimu kerana hatiku yg memilihmu,
Aku mencintaimu kerana kau layak menerima cintaku,
Bersamamu, ku yakini cintaku kan menjadi cinta yg dewasa....

Aku mencintaimu dgn cinta yg terus bertambah dr waktu ke waktu,
Hari ini aku mencintaimu lebih dari hari kemarin,
Dan kurang dr hari esok... ''









Ya Allah,
Ku bersyukur padaMu kerana menqrniakan kebahagiaan ini pd diriku,
Kini ku mencintai dan menyayanginya setulus hatiku,
Sekiranya dialah yg terbaik telah diciptakan utk diriku,
Ku harapkan Engkau restuilah hubungan kami Ya Allah,
Supaya setiap perjalanan yg kami berdua tempuh bersama akan sentiasa di bawah lindunganMu.


Ya Allah,
Ku bina hubungan ini dgn kejujuran,keikhlasan,kepercayaan dan kesetiaan,
Kau berilah ketabahan kpd ku menempuhi segala dugaan,
Disaat ku menyayanginya dan dia menyayangiku,
Disaat ku merinduinya dan dia merinduiku,
Disaat ku mengasihinya dan dia mengasihiku..


Ya Allah,
Aku inginkan cinta ini berada dibawah rahmatMu,
Supaya cinta ini akan kekal selamanya di bawah lindunganMu,
Supaya cinta ini kekal bahagia di dunia dan di akhirat kelak...
Insya Allah


Amin Ya Rabbal Alamin....

Isnin, 2 April 2012

wanita solehah

Lembutmu tak bererti
Kau mudah di jual beli
Kau mampu menyayangi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik takbir dirimu
Ada rahsia Agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Sabtu, 31 Mac 2012

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam hidup ini, kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri...
Tetapi,dalam kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita :)


''Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dirinya,tetapi kita sering lupa akan hal itu.''

Hmm..kita cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya!
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya!
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya...
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti!kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati!
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...?
Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa,
Tetapi kita sering lupa...!
EMM..Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami :) 
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya :)
Dia mendengar luahan perasaan! 
Segala rasa kecewa dan ketakutan kita!
Harapan dan impian juga kita luahkan!
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya?
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah!
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai?
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat :)
Kerana dia juga seorang manusia, 
dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu,tetapi,jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu :)




RENUNGILAH!
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.


''Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan...''





WALLAHU ALAM!!

Sabtu, 17 Mac 2012

Belajarlah Memahami Walaupun Tak Sehati...

Setiap orang pernah mengalami kisah silam dan peristiwa yang tragis,seperti mana pasangan cinta terlanjur tapi kenapa perlu mengenangkan sejarah lama.???kenapa tidak berubah dan memohon keampunan dari Allah S.W.T?? Selagi mana nyawa kita belum kembali ke asalnya,selagi mana pintu kemaafan masih terbuka,berubahlah dan insaf. kita tidak pernah lari dari kesilapan dan itu yang mengajar untuk menghadapi kehidupan...hargailah orang disekeliling kerana sesungguhnya kita tidak mahu kehilangan mereka dan mereka juga sudah pasti tidak mahu kehilangan kita...

Saat Allah mencintai seseorang ,tempat pertama menerima sentuhan itu adalah hati,disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kemudian Allah gantikan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih... Saat itu Hati seolah-olah berbisik ;
''Aku tahu bila Allah mencintaiku,iaitu saat aku membenci segala kejahatanku...''


Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang utk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya....!! Ingatlah , bukannya Senang utk seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju KEREDHAAN ALLAH , dengan jalan  yang penuh DUGAAN dan CABARAN...

 Oleh itu : Hargailah NIAT seseorang yang ingin berubah kearah kebaikan dan jangan pandang dengan PANDANGAN YANG HINA..! Perlulah kita MENYOKONG dan MEMBERI SEMANGAT kepada  Hamba Allah S.W.T yg ingin berubah walaupun sedikit demi sedikit perubahan yg ingin dia BERUBAH.. Semamangnya akan mengambil masa yg agak lama .. Dan kita hanya  mampu BERDOA utk KEBAIKAN bukan MENDOAKAN utk KEJAHATAN dia...bagi saya , Semua manusia tidak SEMPURNA dan mempunyai KEKURANGAN dan KELEMAHAN tersendiri.....
Assalamualaikum.....

Ahad, 4 Mac 2012

Ya Allah..jika aku jatuh cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…

Khamis, 1 Mac 2012

MOGA INI PILIHAN TERBAIK

''kita akan tetap saling mencintai apabila kita dapat menerima setiap perubahannya dan pilihan terletak di tangan kita sendiri,apa yang kita pilih pasti ada akibatnya baik atau buruk..jangan tersalah pilih lg cz akibat dari salah pillih akan jd lagi parah dan sangat menakutkan..so pandai2lah pilih yg sesuai dan tepat agar kita dpt hasilny yg agak lumayanlah katakan dan boleh membahgiakan kita hingga ke akhir hayat ;) ''

dalam menjalani cinta ianya sentiasa ada dugaan dan ujian yg perlu kita hadapi dgn hati yang terbuka dan selesaikan nya dgn hati yg ikhlas.. buat keputusan mengikut hati bukan perasaan atau emosi..jika kita terlalu terburu2 ia akan meracun diri kita sendiri~~

saat cinta menghampiri,kita kena segara memilih,apakah kita akan menyambut cinta itu atau sebaliknya ? atau kita hanya menunggu saat yg tepat utk menyemainya?
meskipun cinta ini sulit,sukar utk dirungkaikan dgn kata2, tetapi apabila cinta itu hadir bgitu syahdu,ia akan melenakan kita dalam selingir bebunga hubah yg mesra bagai disiram dan dijaga dgn begitu penuh kasih syg..


terbayang2 akan wajah si dia yg telah mengusik hati kita, gelisah di jiwa kita dibuatnya bagai  tiada penghujungnya dan penantian itu kan selalu menuntut..

ianya menuntut utk tahu khabarnya,menuntut utk selalu mendengar suaranya,membayangkan wajahnya dan sebagainya  .. 

*namun perlu ingat batasnya rindu dan cinta itu dan jangan terlalu lalai dgn cinta manusia ~ perlu ingat cinta manusia kita mahu jaga begitulah juga dgn Cinta Allah s.w.t :)  

kita harus memilih manakah satu jadi pilihan? antara setiap saat mengundang dosa ataupun setiap hari membuah  pahala :)

lyka yakin dan percaya,semuanya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t 
kita hanya mampu merancag namun Allah s.w.t yg menentukan..Insya Allah ada jalannya :)
hanya mampu bersabar  dan redho dgn ketentuannya...

   lyka bkn mencari yg sempurna dimata,tapi cuma mencari yg serasi di jiwa <3

Isnin, 20 Februari 2012

Biarkan ku petik bebintang cintamu,
agar bisa ku rasakan senyum cintamu,
tiada bahasa dapatku ungkirkan kerinduan,
tiada madah dpt ku bayangkan syairnya..

Ku hiasi bebunga hubah,
ku kunci gundah melanda,
ungkiran wajah menerjah lagi,
saat duka bertamu dihati..

Kuhiasi dilangit hatiku,
melakar rindu yang membara,
aku terlena disitu,
dalam sendu selingir cinta.

Selama di buai cinta indah,
lebur rindu cair sendu,
cengeng hati kerana rapuh,
sedalam-dalamnya di telaga jiwaku..