Rabu, 29 Jun 2011

DUHAI KASIHKU...DUHAI PUJAANKU..LYKA INI..MERINDU DIRIMU..

Kasihku, kau bintang malam menerangi hatiku di kala malam, kau dingin embun mendamaikan jiwaku di pagi hari, kaulah suria menyinari sukmaku, kau lembayung senja indah membawa bahagia dalam hidupku, tatkala malam kembali menjelma, kau akan kunanti dalam syahdu kerinduàn ini ♥Setiap nafas di paru-paruku, setiap detak di jantungku, setiap denyut di nadiku, setiap darah di tubuhku, setiap itu aku menyebutkan namamu,jejakmu menguat di atas debu yang di atas hatiku, di atas seluruh rinduku ♥
Masa berdetik, jantung berdegup, hati bergetar, nadi berdenyut, merah darah beralir, tiap saat tiada henti, begitu kasih sayangku buatmu,ohh cintaku♥
Sungguh aku terlalu mengasihimu, hingga pena ini tak henti menulis sajak buatmu, dan biar gerhana berganti suria, malam berganti siang, rindumu dan rinduku tetap utuh, bersulam kasih dalam laman cinta kita♥
Sesungguhnya cintamu itu sudah meresap jauh ke dalam hatiku, bak sedalam dalamnya di dasar lubuk hatiku, hanya kasihmu yang berpalu berirama syahdu dalam syair indah kita, mendamai jiwaku mengusik sukmaku selalu, hanya kau untukku yang pertama dan terakhir♥
Biar kupohon menjadi bintang di setiap malam, menjadi embun segar di setiap pagi, agar mencairkan kerinduan ini♥
Lenalah tidurku tiap malam dalam dakapan cintamu, diselimuti gebar rindumu dan bangunku selalu diusapi embun kasihmu, disirami wangian suci umpama bunga putih syurga firdausi, indah dan bahagia kurasai♥
Riuh angin sedang berpesta, menerbangkan kelopak bunga, bermekaran di hatiku, dansa mesra aroma rindu, apakah benar untuk kami berdua?
Kuingin mendekati bukan hanya sekali, moga dikau tak jemu mendampingi, harapku dikau kekal bertakhta di hati, berpadu jati yang satu, sebati di jiwa raga, menjunjung tinggi tulus hati, selama-lama berpisah tidak sama sekali, harum mekar semerbak mawar di ranting kalbu ini..
Terkadang kita diberikan rasa kesepian yg mendalam, agar kita lebih menghargai indahnya kebersamaan, dan setiap waktu itu aku merasai kehilanganmu wahai insan yang bernama lelaki...
Wahai cinta hatiku, walau dalam apa jua sekali pun, dikau tetap di dalam lubuk hatiku, dikaulah yang berdetak dalam setiap nadiku, biar dalam diam mahupun sepi, dikau tetap unggul di sisiku, tiada lain yang merantai di jiwaku, hanya diri dan rindumu, hanya kasih dan cintamu, hanya kamu sayang♥
Dalam hati kian bertapa,di mana harus kujumpai si dia?Penantian itu satu penyeksaan, namun akan ku terus menunggu penuh sabar, yang dirindu itu pasti berkunjung tiba tak lama lagi...sabar memujuk hati, hati memujuk rasa, tanpa memendamkannya ku akan setia menunggumu..

Rabu, 15 Jun 2011

Kerana Cinta, Kita Wujud Di Dunia

Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.
Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.
Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu,  jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.
Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.
Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.
Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.

Isnin, 6 Jun 2011

C.I.N.T.A


C - Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama
N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A - Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga


           

CINTA SEJATI


Jika kau memiliki seseorang itu miliki la ia dengan sebaiknya,
jika kau mempunyai seorang kekasih jaga la ia dgn sempurna,
jika kau mencintainya,
cintaila ia dgn kejujuran kau padanya..
jgn la sesekali kau melukai hati nya..
kerana hati seseorang itu ibarat kaca yg sekali terhempas berderai selamanya..

cinta membuat kita bahagia,
namun cinta juga membuat kita duka,
tapi percaya laa...cinta yg abadi adalah cinta yg bermodalkan air mata,
air mata yang mengalir itu laa bukti bahawa kita amat amat menyanyanginya..

cinta ibarat layang layang yang tinggi terbang di awanan,
jika di saat itu putusnya layang layang itu,
maka pergi laa ia dari pandangan, hilang ditiup angin kerinduan,
jika benar benar menyayanginya...kejar laa dan sambut laa ia...
walaupun di hujung dunia ia diterbangkan sekalipun...
itu laa namanya cinta sejati...

Ahad, 8 Mei 2011

BE HAPPY !!

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah
Tanyamu
hidup ini sesungguhnya mudah dan sederhana jika anda tidak banyak tuntutan. karena sesungguhnya hidup ini penuh dengan kebahagiaan jika anda tak dikuasai oleh ilusi,ambisi dan keakuan.....

(Riwayat Muslim dan Bukhari)

“Janganlah kamu saling dengki, saling membenci, saling mengintip rahasia, saling bersaing, saling mencari keburukan, saling menawar lebih tinggi untuk menipu pembeli sehingga menawar tinggi, saling memutuskan hubungan, saling bermusuhan, janganlah sebagian kalian menjual atas jualan yang lain. Jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan Allah. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak boleh menganiaya, tidak boleh menelantarkannya dan tidak boleh menghinanya..
Cukuplah merupakan kejelekan seseorang apabila menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. Hati-hatilah bersangka buruk, karena sesungguhnya bersangka buruk adalah percakapan yang paling dusta...''

~Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk kamu dan hartamu, tetapi ia melihat hati dan perbuatanmu~

Rabu, 27 April 2011

AINUL MARDHIAH~KETUA BIDADARI SYURGA..
"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..
Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"
Yang di cari, walau bukan putera raja,biarlah putera agama..
Yang di impi, biarlah tak punya rupa,asal sedap di pandang mata..
Yang di nilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani,sempurna hati..
Yang di harap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana lyka srikadi dengan silam yang kelam..
Yang di nanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dengan janji setia, & yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati,lyka redha ketetapan Ilahi, itulah ketentuan sejak azali..

Kejarlah cinta Allah InsyaALLAH cinta manusia akan mengiringimu.. tapi jika kita kejar cinta manusia semata,kemurkaan Allah yang akan menghampirimu..

Ya Allah♥ ♥ Seandainya telah engkau catatkan dia milikku ♥ Tercipta buatku ♥ Satukanlah hatinya dgn hatiku ♥ Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi ♥ Ya Allah Yg Maha Mengasihi ♥ Seiringlah kami melayari hidup ini ♥ Ketepian yg sejahtera dan abadi ♥

Tetapi Ya Allah ... Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkanlah dari ingatanku..Dan peliharalah aku dari kekecewaan..


Serta Ya Allah Ya Tuhanku yg Maha mengerti..

Berikanlah aku kekuatan melontar bayangnya jauh ke dada langit ♥ Hilang bersama senja naan merah agar ku bisa bahagia ♥ Walaupun hidup tanpanya...

Dan Ya Allah yg tercinta ♥ Gantilah yg telah hilang ♥ Tumbuhkanlah kembali yg telah patah ♥ Walau tidak sama dgn dirinya......

Ya Allah Ya Tuhanku ♥ Pasrahkanlah aku dgn takdir-Mu...Sesungguhnya apa yg telah engkau takdirkan adalah yg terbaik buatku ♥ Kerana engkaulah Maha Mengetahui segalanya yg terbaik buat hamba Mu ini ♥

Ya Allah ♥ Cukuplahh kau saja yg mjd pemeliharaku di dunia mahupun diakhirat ♥ Dengan rintihan dari hamba Mu yg daif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman supaya aku dan dia sama2 membina kesejahteraan hidup ke jalan yg ngkau redhai ♥ Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh dan solehah..

Bissmillahirrahmanirrohim..
Cintaku hanya kupersembahkan utk Yg menciptaku,memberiku jiwa,memberiku udara agar ku tetap hidup dan memberiku segalanya..selayaknya manusia..aku hanyalah insan biasa...
''cinta pada dunia,dunia akan pergi,
cinta pada munusia,manusia akan mati,
cinta pada Allah kerana Dialah yg kekal abadi''