Rabu, 27 April 2011

SESEKALI DALAM SAJAK


Hidup di dunia tanpa sempadan;
Sesekali berkeras lebih baik
daripada berlembut hidung dicucuik.
Sesekali menentang lebih baik
daripada tunduk sampai terhantuk.
Sesekali celopar lebih baik
daripada bersopan dihina  dikutuk.
Sesekali kurang ajar lebih baik
daripada patuh mengikut telunjuk.
Sesekali mencela lebih baik
daripada memuji belakang mengutuk.
Sesekali menjatuh lebih baik
daripada diselamat sesudah buruk.
Sesekali berpisah lebih baik
daripada bersatu mengesan parut.
Sesekali berjauhan lebih baik
daripada berdekatan berbau busuk.

Demikian realiti kehidupan duniawi,
berkeras mahupun berlembut
menentang mahupun tunduk
menguji mahupun mengutuk
baik mahupun buruk
tiada siapa mutlak bebas.
Melainkan hidup bersempadani syariat.
Tiada siapa berkecuali daripada
wajib,haram,makruh,harus,sunat
memantau setiap laluan hayat.

Sama ada siapa,bila atau di mana,
sesekali perlu mencabar lumrah
tetapi sekali-kali tidak mencabar fitrah
apalagi mencabar syariat Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan