Khamis, 29 November 2012

Siapa Diriku Disisimu

Dedikasi dari insan yang terluka , 
Berita yang membuat lyka tersentap dan terjatuh sendiri,bagaikan semuanya masih di alam fantasi. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku. Dengan apa yang terjadi sekarang membuat lyka lagi kuat dan tabah dengan apa yang akan terjadi pada diri lyka, bila kita jatuh kita akan cuba berdiri kembali dengan penuh keyakinan dan keberanian. walau apa pun berlaku even bende tu membuat kita patah semangat dan kecewa pun, kita cuba lari dari semua ini pun, benda itu tetap akan menghantui diri kita dan ia makin datang,datang dan datang bertubi-tubi, saat itu membuat kita terfikir puncanya dan akibatnya.Terkadang lyka mengeluh dan bagai tak percaya dengan semua ini tapi kata orang berputus asa dan mengeluh itu tak akan ada jalan penyelesaiannya.

Manusia tak akan pernah lari dari masalahkan? Bahagia mana pun kite dengan seseorang itu ,ia tak akan selamanya kita bahagia,terkadang ada deritanya,ada pahit dan manisnya kehidupan tak kiralah bersama kekasih abdi ke ,kekasih hati ke ,kekasih sejati ke ,sahabat yang handal ke dan siapa2 sahaja yang muncul dalam hidup kita pasti akan ada cabaran dan dugaan yang akan diuji keimanan dan kesabaran kita. Lyka akui,sekarang lyka terasa kehilangan kekasih sejati, cz dulu susah senang kami lalui bersama dan lyka teramat sayangkan kekasih sejati lyka cz dialah kekasih sejati lyka yg menjaga lyka dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan didikan yg cukup bagi lyka dalam hidup ini ,lyka masih berada di sini sebab lyka kuat kerna ada dia disisi lyka,kerana dia lyka masih berdiri di sini, tapi sekarang lyka kehilangan kekasih sejati itu..semuanya berubah dan menjadi sejarah dalam hidup...

Lyka kene buat 2 pilihan sama ada 4 Dis 2012 ika pergi dari sini atau stay disini? emm..memang berat hati nak tinggalkan semua ini dan lyka bukan seorang yg lepas tanggungjawab nak larikan diri dengan lepas tangan,biarkan keadaan menjadi huru hara dan tinggalkan semuannya disini lalu kejar impian & masa depan lyka cz itu yg lyka idam & impikan selama ini :'( ape pun lyka bukan jenis orang selfish :'( Biarlah impian itu terkubur asalkan apa yang lyka harapkan ia kembali seperti dulu...emm...Lyka rindu saat dulu kalak :'( tapi sekarang lyka butuhlah dan tak tahu apa yg patut lyka buat. Lyka ada di sini pun macam tak ada, Lyka faham walau sesakit mana pun lyka, lagi sakit dia tapi keadaan ini membuatkan lyka rasa betul-betul lemah.! penat dah berlakon..

I feel the pressure :'( lyka tak kuat dah dan benda ini,ianya membuat lyka rebah dengan sendiri :'( Mana kekasih lyka yg dulu selalu bersama lyka? sentiasa ada di waktu susah senang? sentiasa tabah dan sabar dan sentiasa memahami lyka? kenapa semua ini berlaku sejak munculnya sesuatu yg tak diduga.. Hadirnya Cik J membuat lyka lemah. Kekasih lyka lebih memilih org ketiga yg muncul dlm hidup kita orang.. Tak apa lah,lyka faham, mungkin pilihan itu tepat kerana lyka tak selamanya ada disini dan kekasih lyka terpaksa korbankan lyka cz kekasih lyka tahu yg lyka kuat utk hadapi semua ni dan kekasih lyka buat pilihan macam ni demi nak jaga hati Puan I & Cik J :') dalam masa yg sama kekasih lyka pun tak sanggup nak lepaskann lyka ,semua tu lyka faham tapi kuat mana pun lyka tuk cuba tabahkan hati dan sabar dengan setiap ujian yg diberi akhirnya lyka rebah juga :') Yelah..,Lyka sedar siapa diri lyka ,lyka Hamba Allah yg Abdi :') seorang insan yg lemah ;') Sememangnya dia amat sempurna dimata semua orang, dia baik ,rajin tapi dimata lyka dia seorang yg tersangatlah lemah kerana adanya sifat cemburu yang menghantui dirinya yang membuat lyka rasa kelakar kerana lakonannya yg amat bijak dan terbaik ;')
Nak je VOTE dia sebagai Anugerah Pelakon Terbaik. Pandai betul dia meminta perhatian :) tak apalah lagi pun kekasih lyka sayangkan dia :'D ''sudah cukup cukup sudah,cukup sampai di sini saja drpd batin tersiksa lebih baik ku pergi saja... '' hahaha.. nyanyi pula lyka :P mak ai..penatl dah saya berlakon dengan awak wahai Cik J .. Ermm..

Hidup ini memang kita ni seperti perlakon kan? ada jahat,ada baik dan ada sedang-sedang sahajakan..bukan nak mengutuk dia atau nak burukkan dia dan nak kata yg lyka ni baik dr dia tapi dengan apa yg berlaku membuat lyka dipermainkan.. Wahai Sahabat yg dikasihi, hindarilah sifat cemburu kerana sifat tu adalah sifat iblis dan syaitan ;) dan ada prinsip yg lyka pegang dan ingin kongsikan pada sahabat sakalian
''Never hate those people who are jealous of u but respect their jealousy because they are the ones who think that u are better than them :) <3 ''

Everyone come into your life for a reason :
1.Some Good :)
2.Som Bad :(
They shape,from or break us.
But in the end they make us who we are ;)


Khamis, 8 November 2012

Muhasabah Cinta


Entry kali ni hampir sama dengan Muhasabah Hati kah? hehe..lain sikit ea,isinya lain ;) tajuknya je hampir same ;) em.. ginilah jadinya bila duk luangkan masa dengan blog,hari2 pulak duk update ;) sementara tunggu pinangan sampai so luangkan masa dulu lah kalau pinangan dh sampai rasaya duk busy jela xsempat dh nk layan FB n Blog ni ;) Pinangan dr kolej ea! jgn salah faham :p hee.. entry kali ni.. pasal Muhasabah Cinta. Ini dia,dulu puisi di atas kertas putih,sekarang makin maju pula rasa,di blog ;) Taip2 pun boleh ;) Cikgu Teo! Rindu pula nak berpuisi di dalam class ;) belajar sastra ni sbnrny mmg bestkan!dulu bkn main tak suke tp sekarang woww..bermadah saja kita.. lari dr tajuk pulakkan :p continue yupp..!


Permulaan entry lyka dambarkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi sebab lyka masih bernafas harini dan dapat juga nak meng''update'' blog ni hari2 pd bulan ni.. Idea bkn main banyak lagi bila buka blog ni dan mulalah ketar tangan nak taip then last2 fikiran ni entah kemana cz terus tak ingat apa yg hendak di ceritakan takdi! Nyanyok sudah..kikiki..

''Terkadang naluri hati ini tertanya mengapa masih ada air mata yang mengalir,sedangkan saat itu kita melepaskan cinta berlalu pergi dengan hati yang redha''
Setelah sekian lama bersembunyikan di sebalik senyum palsu,setelah sekian lama derita dan setelah sekian lama bergelora lautan air mataku akhirnya terkedu dan terasa sendu sendirian di jendela.. Hatiku yang mati berlagu hampa,tersandung di tepian tanpa penggapai mengundang resah tak berulang..Namun, hatiku kink sempurna kembali seperti dulu,malah lebih sempura dari dulukala.. Lautanku tenang hasilnya melimpah,langitku cerah mengundang pelangi,hujan derita kini entah kemana dan hari-hariku kian bercahaya kerna cinta Ilahi.. Di hati kecilku kini terukir satu nama yang amat indah.. Tidak ku sangka masih punya Yusof yang bisa merawat luka dan menghapus naluri si pengemis cinta ini untuk bersama dengannya dimusim bunga,bersama merempuh tembok keresahan alam lalu yg pahit dan kelat di jilat.. Terukir senyuman mengambarkan betapa hebatnya CINTA.. :)

Allah dah jadikan setiap makluk dimuka bumi ni berpasangan,malam pasangannya siang,rajin pasangan malas,.lelaki pasangannya perempuan. Manusia hanya mampu merancang,berikhtiar dan berusaha tak lebih dari tu! sebab setiap peristiwa mempunyai hikmah dan tujuannya. Segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu sebenarnya bukan sia-sia..

Kekadang juga, apa yg kita impikan , apa yang kita inginkan tak semestinya manjadi milik kita, baiklah lyka bagi contoh - Kita membina sebuah hubungan dengan manusia, kita impikan kehidupan yg baik yg indah yg rasa bila kita dgnn dia kita rasa tenang, bila mana kita dgn dia kita rasa kita dekat dgn Allah, kita mahukan sebuah hubungan itu berlandaskan syariatnya, bila mana kurangnya bercakap ditelepon,chatting dan sebagainya tapi mampukah kita utk bertahan? mai kita sama-sama muhasabah diri *sebab tu elok CINTA lepas NIKAH.


Kita jadi sedih atas apa yg berlaku ''kita merancang apa yg kita mimpikan dan kita mimpikan segala keindahan namun keindahan itu tak seindah mimpi seperti yg selalu kita bayangkan'' apa? tak faham? sila baca berulang kali ya Cik Puan , Encik sakaliann ;) Macam-macam ujian ada dalam hidup kita ni,jenuh p kedai  buku beli buku motivasi utk diri harap-harap bila beli buki tu dpt tenangkan hati ,dpt semangat baru ,tapi bila habis baca buku? apa jd ? sedih balik!! haihhh..

Sebenarnya, apa yg lyka kongsikan hari ini adalah apa yg lyka rasa sekarang, Alhamdulillah, lyka ada Secret Admirer yg memahami dan kita org sebenarnya jarang calling2,chating pn kdg2 dan msg pn tak sampai 3 keping je kerana kita org masih belajar dan perjalanan kita org pun masih jauh. Hidup ni memang pelik dan sukar diramal perjalanannya,..Bukanlah lyka nak mencabar kehidupan tetapi lyka ingin melihat sebuah kenyataan! kita dah besar,jadi utk kita cuba memahami erti kehidupan, erti kata sebenarnya , bila kita meng ''hambarkan'' diri kita pada yg maha Esa itulah hakiki! tak percaya? cuba lah dan kamu semua akan rasai keindahannya ;)
'' Twinngg twinggg..Sms..'' haa tengok ni! sampaikan ada yg jeles sejak2 lyka update sokmo blog yg usang  dan kini kmbli menghantui :p ''sakit betul jiwa'' mesti ayat tu yang awak guna selepas bacakan En Sam! kikiki.. 

Sampai sini sahaja utk hari ini :)
Terima kasih kerana sudi baca ;)
Assalamualaikum :)

Rabu, 7 November 2012

Anda ada 60saat


Tika wajah penat memikirkan dunia,maka berwudu' lah..
Tika tangan letih menggapai cita2, maka serulah Allahuakbar..
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah,maka bersujudlah..
Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah SWT..
Agar tunduk disaat yg lain angkuh,agar teguh disaat yg lain runtuh,agar teguh disaat yg lain masih terdampar..

Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yg diharapkan.., senyumlah dan ingatlah...''Manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta.''

Kita merancang tetapi Allah Maha Perancang, kita melaksana tetapi Allah jua Maha Perkasa menentukannya, Allah beri apa yg kita perlu bukan mahu. Rancanglah dan laksanakan sebaik tadbir kemudian serah kepada Allah sebaik-baik takdir.
Bila hati sedang rencam dan berduka kerana dunia,kembaliah kepada asal kejadian diri kita iaitu kepada Pencipta. Sedang hati yg brginilah lebih mudah utk dekat pdNya...
Buat hati yg sedang bersedih walaupun hnya seminit, kuta sudah bazirkan 60saat utk boleh rasa bahagia dan gembira. La Tahzan, di sisimu ramai yg meyenangi dan menyayangi dirimu,berbahagialah sayangku sekalian..
JANGAN BAZIRKAN 60SAAT KITA ;)

Selasa, 6 November 2012

Midnight Fantasy

There are some people who live in a dream world, and there are some who face reality and then there are those who turn one into the other.. There is a fine line between dreams and reality, it's up to u to draw it!! Dear, Success comes from knowing that u did your best to become the best that u are capable of becoming.
*People don't always need advice. sometimes all they really need is a hand to hold, an ear to listen, an a heart to understand them :)

Jumaat, 2 November 2012

Yang Terindah Hanyalah Sementara


Daku menantikan janji yang akan hilang,bagaikan semalam semuanya hilang.. Itulah cinta yang mengharungi jiwa dan melakar rindu yang membara,dan kini rindu berenang kehilir kasih yg sedalam-dalamnya di terlaga jiwa. Wahai tinta yang melaburkan rindu yang membuatku terbuai di dalam sukma yang bercelaru,leburkanlah rinduku cairkanlah sendu dan lenakan daku di sukma jiwa yang tidak terlontar oleh cinta yang membuatku terasa syahdu yg tak terduga. Saat ku menuju ke puncak kasih lantar datang menebal awan nan kelabu, cuaca di sini kelabu semendung hatiku seakan ia turut merasakan kerinduan hatiku ini, kini tiada sinaran mentari membawa senyum tawa, hanya angin rindu yang kian menebal yang datang dan berlalu pergi. Terlelap pada janji yang takkan ku tunaikan, berharap moga ini yang terakhir untuk ku menjiwai perasaan yang kian membelenggung diusik jiwa raga. Dengan sejuta tahun takkan bisa melupuskan ingatanku terhadap cinta yang terindah, KERANA TELAH KU TERIMA SAKITNYA DIKHIANATI, SEDALAM CINTAKU INI SELAMA HIDUPKU INI.... :'( Terlebih puitis pula rasa...,melayan perasaan pula time2 gni,gara2 tak boleh tidur dan gara2 dgr lagu ''Kau yang terindah'' terbit pula puisi2 ni dlm sendu di pinggiran....hahahaaaa.... alahaiiiii... setenang ombak laut cina selatan mengalun ombak rindunya,membelai persisiran pantai hati teluk chempedak...,,berlaburlah perantau setelah sepurnama membawa diri yang mengharapkan bertemu dengan pujaan hati yang tidak muncul lagi....huhuuuuuuuu.... Andai suatu hari nanti kata-kataku putus nadi, huruf-huruf mati sendiri,warna-warna luntur dari pelangi, aku akan mengabadikan erti agar terus mengerti abadi dan ketika itu kau katakan pada dunia bahawa AKU BUKANLAH PENYAIR PUISI , TETAPI AKU ADALAH TUKANG SIHIR UNTUK MEMUJUK RASA MENNGUIS HATI...!! 
Mengapa Kau Yang Terindah?? Apakah itu Tentang Rasa dan apakah akan kekal hnga A Thousand Years??? perlukah membuat Akur Janji sehinggalah ke Muara Hati?? perlu ke Muhasabah Cinta dan Ku Pilih Hatimu :'(