Sabtu, 8 September 2012

My Feeling Right Now


Hey,Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kwn2 :) 
Lama sudah lyka tak update blog,usang sudah blog ni ..hehe.. okey, memandangkan hari ini hari rajin sedunia lyka ingin kongsikan sedikit tentang lyka dan feel lyka skrg setelah skian lama menyepi :) cewahhh...hahaha... okey :) terima kasih juga kerana sudi luangkan masa sedikit melayari blog lyka yg usang ni :) hehe..


Alhamdulillah :) kini lyka terasa semakin mencabar bila diri semakin ingin dekat pada yang Maha Esa :) 
Pelbagai ujian dan dugaan yang mencabar diri namun lyka tetap kuat dan berjaya melawannya.. 

Alhamdulillah,setelah sekian lama menyepi bagai ,meninggalkan seketika dunia nyanyian demi untuk teguhkan pendirian baru , berkat kesabaran dan niat nawaitu yg baik,lyka berjaya mengharunginya.. 

Terimakasih kpd yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan kpd lyka. 
Sesungguhnya ku akui terkadang rapuh dlm langkah,dan terkadang terasa diri bagai tiada apa,..
Permulaan mmg terasa diri dipinggirkan dan dipulaukan oleh kawan2..tapi apakan daya demi kebaikan kitekan..Ibu pesan kalau nk buat sesuatu benda kena ada niat yg ikhlas kerana Allah..

Alhamdulillah, tenang rasa hati bila dapat sokongan dr Insan yg tersayang dan sahabat yg banyak memberi bimbingan dan nasihat. Lyka amat hargai mereka yg telah banyak kuatkan lyka semasa lyka lemah dan semasa lyka ditimpa masalah. 


Bak pepatah ; ''Biar kita lemah dalam kalangan orang yang berilmu daripada lemah dari golongan yang jahil,sekurangnya lemahmu akan ada yang akan membantumu untuk terus naik''





Sahabat ku yang jauh di mata dekat di hati.. tahu tak , sebenarnya kita cantik..cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

''Allah tak mencipta manusia hodoh , tapi Allah mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza''

Cantik itu kan subjektif. Bukan pada hidung yang mancung, bukan pada kulit putih dan gebu dan bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.

Tapi cantik itu bermula dari hati dan dipancarkan kepada luaran iaitu akhlak kita, pertuturan kita,aurat kita dan peribadi kita.

Bila hati kita bersih maka jauhlah dari maksiat dan terhindari dari nafsu :) 
Insya Allah...

Ketahuilah sahabatku sayang, kita sebenarnnya akan jadi cantik disisi Allah SWT ...
Insya Allah :)