Kasihku, kau bintang malam menerangi hatiku di kala malam, kau dingin embun mendamaikan jiwaku di pagi hari, kaulah suria menyinari sukmaku, kau lembayung senja indah membawa bahagia dalam hidupku, tatkala malam kembali menjelma, kau akan kunanti dalam syahdu kerinduàn ini ♥Setiap nafas di paru-paruku, setiap detak di jantungku, setiap denyut di nadiku, setiap darah di tubuhku, setiap itu aku menyebutkan namamu,jejakmu menguat di atas debu yang di atas hatiku, di atas seluruh rinduku ♥
Masa berdetik, jantung berdegup, hati bergetar, nadi berdenyut, merah darah beralir, tiap saat tiada henti, begitu kasih sayangku buatmu,ohh cintaku♥
Sungguh aku terlalu mengasihimu, hingga pena ini tak henti menulis sajak buatmu, dan biar gerhana berganti suria, malam berganti siang, rindumu dan rinduku tetap utuh, bersulam kasih dalam laman cinta kita♥
Sesungguhnya cintamu itu sudah meresap jauh ke dalam hatiku, bak sedalam dalamnya di dasar lubuk hatiku, hanya kasihmu yang berpalu berirama syahdu dalam syair indah kita, mendamai jiwaku mengusik sukmaku selalu, hanya kau untukku yang pertama dan terakhir♥
Biar kupohon menjadi bintang di setiap malam, menjadi embun segar di setiap pagi, agar mencairkan kerinduan ini♥
Lenalah tidurku tiap malam dalam dakapan cintamu, diselimuti gebar rindumu dan bangunku selalu diusapi embun kasihmu, disirami wangian suci umpama bunga putih syurga firdausi, indah dan bahagia kurasai♥
Riuh angin sedang berpesta, menerbangkan kelopak bunga, bermekaran di hatiku, dansa mesra aroma rindu, apakah benar untuk kami berdua?
Kuingin mendekati bukan hanya sekali, moga dikau tak jemu mendampingi, harapku dikau kekal bertakhta di hati, berpadu jati yang satu, sebati di jiwa raga, menjunjung tinggi tulus hati, selama-lama berpisah tidak sama sekali, harum mekar semerbak mawar di ranting kalbu ini..
Terkadang kita diberikan rasa kesepian yg mendalam, agar kita lebih menghargai indahnya kebersamaan, dan setiap waktu itu aku merasai kehilanganmu wahai insan yang bernama lelaki...
Wahai cinta hatiku, walau dalam apa jua sekali pun, dikau tetap di dalam lubuk hatiku, dikaulah yang berdetak dalam setiap nadiku, biar dalam diam mahupun sepi, dikau tetap unggul di sisiku, tiada lain yang merantai di jiwaku, hanya diri dan rindumu, hanya kasih dan cintamu, hanya kamu sayang♥
Dalam hati kian bertapa,di mana harus kujumpai si dia?Penantian itu satu penyeksaan, namun akan ku terus menunggu penuh sabar, yang dirindu itu pasti berkunjung tiba tak lama lagi...sabar memujuk hati, hati memujuk rasa, tanpa memendamkannya ku akan setia menunggumu..
Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Allah jadikan wanita solehah begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Rabu, 29 Jun 2011
Rabu, 15 Jun 2011
Kerana Cinta, Kita Wujud Di Dunia
Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.
Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.
Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.
Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.
Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.
Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.

Isnin, 6 Jun 2011
CINTA SEJATI
Jika kau memiliki seseorang itu miliki la ia dengan sebaiknya,
jika kau mempunyai seorang kekasih jaga la ia dgn sempurna,
jika kau mencintainya,
cintaila ia dgn kejujuran kau padanya..
jgn la sesekali kau melukai hati nya..
kerana hati seseorang itu ibarat kaca yg sekali terhempas berderai selamanya..
cinta membuat kita bahagia,
namun cinta juga membuat kita duka,
tapi percaya laa...cinta yg abadi adalah cinta yg bermodalkan air mata,
air mata yang mengalir itu laa bukti bahawa kita amat amat menyanyanginya..

cinta ibarat layang layang yang tinggi terbang di awanan,
jika di saat itu putusnya layang layang itu,
maka pergi laa ia dari pandangan, hilang ditiup angin kerinduan,
jika benar benar menyayanginya...kejar laa dan sambut laa ia...
walaupun di hujung dunia ia diterbangkan sekalipun...
itu laa namanya cinta sejati...

Langgan:
Catatan (Atom)